ANN MARIE CHANDY | 9 September 2025
The Launch of Bersama2050 at River of Life, Kuala Lumpur, on Aug 31. From left: Ameera Amelia Abdul Aziz (Event Coordinator, Bersama2050 4th Edition), Praba Ganesan (General Manager, MyKampus Radio), Angela Burchardt (Founder & Chairperson, Terramed Physio & Rehab) and Jörg Teichmann (Founder & Managing Director, Terramed Physio & Rehab). – Photo: MyKampus Radio
JUST a short walk from Dataran Merdeka, where the Klang and Gombak rivers meet, the River of Life is “glowing” with something other than reflected skyline lights this Merdeka season. From late last month until Sept 17, its promenade has turned into an open-air gallery for Bersama2050, a youth-driven art exhibition asking one simple question: How do you see Malaysia in 2050?
Running daily from 11am to 6pm (with longer weekend hours), Bersama2050 is wide open to everyone: no tickets needed, no formal gallery silence. Photographs, paintings and video installations line the riverfront, easily reached on foot from LRT Masjid Jamek or Pasar Seni. Commuters heading for lunch, families on evening strolls, and tourists chasing Merdeka selfies all stumble into the dialogue.
The exhibition’s origins lie in a two-month call for entries where young Malaysians, many still studying or early in their careers, translated anxieties and aspirations into visual form. Organiser MyKampus Radio (MKR), a youth media platform producing Malay-language campus content since 2016, resisted framing the process as a conventional contest. Event coordinator Ameera Amelia Abdul Aziz says: “It’s more of an adventure than a competition. Bersama2050 values the storytellers and their perspectives as much as the art itself.”
Judging reflected that spirit. Panels included representatives from documentary channel Docusphere, Balai Seni Negara and technical consultant Manuel Echavarria, ensuring local grounding with an international gaze.
Why the River of Life?
Holding a futuristic exhibition by Kuala Lumpur’s oldest waterway may seem counter-intuitive, but for Ameera the symbolism was irresistible.
“The heart of the city should be its people, and the working class are often overlooked. Bringing the heart of the city to the physical centre, by the rivers that birthed Kuala Lumpur, is a masterstroke,” she explains. “Practically, it’s open and accessible. Malaysia 2025 is far different from Malaya 1957; perhaps with a more progressive and literate youthful Malaysia, a reboot of who does the imagining can be kicked off.”
That accessibility owes much to DBKL, which waived rental fees for the stretch of promenade, effectively weaving youth expression into Merdeka festivities.
Support comes from a diverse coalition: the German Embassy, Koperasi Bandaraya Maju Bhd, Staedtler, Terramed Physio & Rehab, KL Society, and café-collaborator Buzz Makan. Their backing keeps participation free and activities lively. On Sept 6, Staedtler sponsored a doodle workshop with artist Feyqa Ramle, followed by a mini-competition. Malaysia Day (Sept 16) doubles as prize-giving and public dialogue when all exhibiting artists gather to discuss process, meaning and next steps.
The official launch on Aug 31 brought together Ameera, MKR general manager Praba Ganesan, Terramed’s Angela Burchardt and Jörg Teichmann, along with an audience spanning students, heritage buffs and curious passers-by. Flags fluttered, trains rattled overhead, and young artists shared how imagining 2050 prompted them to think critically about life in 2025.
Seni di Pinggir Sungai, Visi untuk Masa Depan Malaysia
ANN MARIE CHANDY | 9 September 2025
Pelancaran Bersama2050 di River of Life, Kuala Lumpur, pada 31 Ogos. Dari kiri: Ameera Amelia Abdul Aziz (Penyelaras Acara, Edisi ke-4 Bersama2050), Praba Ganesan (Pengurus Besar, MyKampus Radio), Angela Burchardt (Pengasas & Pengerusi, Terramed Physio & Rehab) dan Jörg Teichmann (Pengasas & Pengarah Urusan, Terramed Physio & Rehab).
– Foto: MyKampus Radio
HANYA beberapa langkah dari Dataran Merdeka, di mana Sungai Klang dan Sungai Gombak bertemu, River of Life “bercahaya” dengan sesuatu yang lain daripada pantulan cahaya malamnya pada musim Merdeka ini. Dari akhir bulan lalu sehingga Sept 17, jejantas sungai ini telah bertukar menjadi galeri terbuka Bersama2050, sebuah pameran seni yang dipacu oleh belia yang mengemukakan satu soalan mudah: Bagaimana anda melihat Malaysia pada tahun 2050?
Dibuka setiap hari daripada jam 11 pagi hingga 6 petang (dengan waktu yang lebih panjang pada hujung minggu), Bersama2050 terbuka kepada semua: tiada tiket diperlukan, tidak perlu turunkan suara seperti galeri biasa. Gambar, lukisan dan pemasangan video menghiasi tepi sungai, mudah dihayati dengan berjalan kaki dari LRT Masjid Jamek atau Pasar Seni. Para penumpang komuter yang menuju makan tengah hari, keluarga yang bersiar-siar di sebelah petang, dan pelancong yang mengejar gambar selfie Merdeka semuanya secara tidak sengaja akan terlibat dalam dialog ini.
Pameran ini bermula dengan panggilan penyertaan selama dua bulan di mana, ramai anak muda Malaysia yang masih belajar atau baru memulakan kerjaya, menterjemahkan kegelisahan dan harapan mereka dalam bentuk visual. Penganjur MyKampus Radio (MKR), sebuah platform media belia yang menghasilkan kandungan kampus berbahasa Melayu sejak 2016, menolak untuk menjadikan proses ini sebagai pertandingan konvensional. Penyelaras acara, Ameera Amelia Abdul Aziz berkata: “Ini lebih kepada satu pengembaraan daripada pertandingan. Bersama2050 menghargai pencerita dan perspektif mereka sama seperti seni itu sendiri.”
Penjurian mencerminkan semangat itu. Panel penilai termasuk wakil dari saluran dokumentari Docusphere, Balai Seni Negara dan perunding teknikal Manuel Echavarria, memastikan pameran ini berakar tempatan dengan suntikan pandangan antarabangsa.
Mengapa River of Life?
Mengadakan pameran futuristik di sepanjang laluan air tertua di Kuala Lumpur mungkin kelihatan tidak logik, tetapi bagi Ameera, simboliknya lokasi ini sukar untuk ditolak.
“Jantung bandar seharusnya adalah rakyatnya, dan golongan pekerja sering kali diabaikan. Membawa jantung bandar ke pusat fizikalnya, di tepi sungai yang menjadi tempat lahir Kuala Lumpur, adalah langkah yang bijak,” jelasnya. “Secara praktikal, ia terbuka dan mudah diakses. Malaysia 2025 jauh berbeza daripada Malaya 1957; mungkin dengan generasi muda Malaysia yang lebih progresif dan celik huruf, satu permulaan baru untuk siapa yang membayangkan permulaan masa hadapannya.”
Dari segi aksesibiliti pula, mereka banyak bergantung kepada DBKL, yang telah mengecualikan yuran sewaan untuk kawasan jejantas tersebut, secara efektif menggabungkan ekspresi belia dalam sambutan Merdeka.
Sokongan datang dari gabungan pelbagai pihak: Kedutaan Jerman, Koperasi Bandaraya Maju Bhd, Staedtler, Terramed Physio & Rehab, KL Society, dan rakan Kafe Buzz Makan. Sokongan mereka memastikan penyertaan adalah percuma dan aktiviti berjalan dengan meriah. Pada 6 September, Staedtler menaja bengkel lakaran bersama artis Feyqa Ramle, diikuti dengan pertandingan mini. Pada Hari Malaysia (Sept 16) pula, majlis penyampaian hadiah dan dialog awam akan berlangsung apabila semua pengkarya berkumpul untuk membincangkan proses, makna dan langkah seterusnya.
Pelancaran rasmi pada Ogos 31 menyatukan Ameera, Pengurus Besar MKR Praba Ganesan, Angela Burchardt dan Jörg Teichmann dari Terramed, bersama penonton yang terdiri daripada pelajar, peminat warisan dan pengunjung yang ingin tahu. Bendera berkibar, kereta api bergerak di atas kepala, dan para artis muda berkongsi bagaimana membayangkan tahun 2050 mendorong mereka untuk berfikir secara kritikal tentang kehidupan pada tahun 2025.
Selepas sungai ditutup, Bersama2050 tidak berakhir di situ. MKR akan membawa karya-karya ini mengelilingi kampus universiti pada bulan November sehingga Disember, bagi memastikan perbualan itu berpindah dari jantung Kuala Lumpur ke dewan kuliah dan kantin di seluruh negara.
Ameera berharap perjalanan ini meninggalkan kesan lebih daripada sekadar kenangan estetik: “Bagi peserta, rasa bangga, tujuan dan cita-cita untuk masa depan mereka sendiri. Bagi keluarga mereka, jaminan bahawa eksperimen Malaysia merangkumi semua. Bagi penduduk bandar – terutama mereka yang kurang biasa dengan budaya galeri – sebuah pameran inklusif yang boleh mereka hayati tanpa ragu-ragu. Dan bagi para pelajar akhir tahun ini, bukti bahawa mereka sebahagian dari lanskap visual negara.”
Usaha ini selari dengan misi MKR. Program yang fokusnya pada wawancara dan jelajah kampus; Bersama2050 memperluaskan platform itu kepada pelajar yang mungkin lebih fasih menyatakan diri melalui sapuan berus atau lensa kamera daripada mikrofon. “MKR membawa ekspresi belia; dan Bersama2050 adalah ekspresi belia,” kata Ameera. “Mereka adalah anak sungai kepada aliran yang sama.”
Perjalanan yang Bermanfaat
Menjelang pertengahan September, bendera Merdeka akan diturunkan dan tepi sungai akan kembali seperti rentak hariannya. Sehingga itu, sesiapa sahaja boleh berjalan-jalan selepas makan tengah hari atau sebelum pulang dari ibu kota, untuk singgah ke pameran tepi sungai dan hayati bagaimana anak muda Malaysia melukis gambaran masa depan negara. Karya-karya ini berbeza dari segi gaya dan optimistiknya, tetapi mereka bersama-sama membuktikan bahawa anak muda Malaysia sedang membayangkan, mengkritik dan menuntut hak ke atas dekad yang mendatang.
Jika ini laluan harian atau ingin berjalan di hujung minggu, bawa haluan anda ke kawasan Presint Sivik, singgah di tepi sungai dan biarkan masa depan Malaysia menyapa anda. Bersama2050 bukan sahaja mengajak anda untuk melihat, tetapi untuk turut sama dalam perbualan dan bermimpi – kerana dari tepi sungai inilah, sebuah negara sedang melakar masa depannya.
Discover more stories