• Dancing between Past and Present

    JACQUELINE PEREIRA | 4 September 2025

    Gangsapura's Teuku Umar Ilany and team having a blast during Kampung Ronggeng's debut presentation in 2023, at the Damansara Performing Arts Centre.
    Catch them in action this time around at ASWARA's Experimental Theatre.

    IMAGINE! The sun setting behind verdant hills. Villagers gathering around the edges of an open field. Streams of laughter rising into the warm dusk air. Music begins, guiding dancers in paired movement, as they exchange shy smiles and playful steps. A crowd claps along, as neighbours connect and celebrate together in a spirited, welcoming atmosphere. An evening of ronggeng has begun.

    Here's your fabulous opportunity to recreate that same warmth, rhythm and shared delight. With modern staging, lighting and immersive theatre techniques, Kampung Ronggeng 2.0, presented by Gangsapura, blurs the line between cast and audience. Expect to be transported into a kampung-style collective celebration, where dancers and musicians weave joy to the shimmering strains of gamelan, enfolding you in a living tapestry of tradition.

    "It's an invitation: to laugh, to move, to sing, and to remember that tradition is alive when we live it together," says Gangsapura co-founder Nur Diyana Nadira. She, together with husband, Teuku Umar Ilany, established the music ensemble company in 2016. The ronggeng has always symbolised joy, togetherness and celebration in the Malay world: "It’s a form where dance, music and community naturally blend,” explains Nur Diyana. “For us, ronggeng is the perfect entry point to remind people that traditional arts were never meant to be distant or elitist – they were lived, shared and enjoyed in the kampung."

    Grounded in Tradition

    For Gangsapura, keeping the traditional Malay social dance relevant means reviving its spirit of togetherness: “Villages celebrating through dance, accompanied by the luminous, percussive sounds of gamelan and other ensembles.”

    Says Teuku Umar Ilany, "We believe tradition must be experienced, not just observed."
    By designing an immersive space where the audience becomes part of the music and movement, the group ensures that ronggeng is “less of a museum piece and more of a living practice.” The duo hope that, after the concert, audiences will recognise that tradition is not only heritage but also a tool for connection, joy and healing in modern lives.

    Inspired by traditional melodies, 14 original gamelan compositions are layered with contemporary textures, all centred on kampung life. Lilting harmonies express playfulness, rituals and rhythms in each piece exploring different moods, from lively joget-based passages to more meditative reflections that echo the village soundscape. The pieces unfold as a narrative, guiding the audience through a kampung day from dawn to the night’s communal ronggeng.

    "It's an invitation: to laugh, to move, to sing, and to remember that tradition is alive when we live it together."

    Gangsapura co-founder Nur Diyana Nadira

    Reimagining Heritage

    As a custodian of traditional music, Gangsapura continues to push the boundaries of Malay musical heritage, allowing it to grow, adapt and speak to new times. Unconstrained by the past, the group composes original works, stages immersive shows, and creates dialogue between tradition and innovation. They use contemporary platforms, ranging from social media storytelling to urban space collaborations, always aiming to meet audiences where they are, engaging in a manner that feels at once both fresh and rooted.

    Their performances are as much about cultural memory as they are about creativity. This effectively turns Kampung Ronggeng 2.0 into a space for connecting: between past and present, performer and audience, kampung and city. As Nur Diyana observes, "We frame tradition as an experience rather than a lecture.” She emphasises: “By making the concert interactive, immersive and playful, we lower the barriers for people who may feel intimidated by traditional art."


    Shaping the Show

    In reimagining how the ronggeng was traditionally experienced in the kampung, the participating audience in Kampung Ronggeng 2.0, will enhance the performance's energy by directly shaping the music and dance as the concert unfolds. No two shows will be alike when the audience, encouraged to dress as “orang kampung”, becomes a part of the story-telling. Their responses – whether through rhythm, movement or call-and-response – can extend or transform sections of the performance.

    For Teuku Umar, the kampung is more than a place; it is a philosophy of sharing, belonging and harmony. By setting the concert within this kampung-derived backdrop, he hopes audiences will slow down, gather and reconnect with timeless and deeply-held Malaysian values.

    Kampung Ronggeng 2.0 embodies Malaysia’s strength in diversity, turning the kampung into a space where everyone belongs. Blending gamelan and ronggeng, Gangsapura presents a performance that provides both a cultural anchor and prompts a creative spark. In this artistic process, rather than nostalgic, shared memories feel keenly alive.


    Where and when

    Dates: Sept 4–7, 2025 (Thursday – Sunday)
    Time: 8:30pm (doors open 8pm)
    Venue: Experimental Theatre, ASWARA, 464, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.
    Tickets: RM99 (Limited availability, immersive free seating)
    Link: Kampung Ronggeng 2.0 – Gangsapura

  • Menari Di Antara Masa Lalu dan Masa Kini

    JACQUELINE PEREIRA | 4 September 2025

    Teuku Umar Ilany bersama pasukan Gangsapura beraksi penuh semangat semasa persembahan sulung Kampung Ronggeng pada 2023 di Damansara Performing Arts Centre.
    Jangan lepaskan peluang menyaksikan mereka sekali lagi, kali ini di Teater Eksperimental ASWARA.

    BAYANGKAN! Apabila matahari terbenam di sebalik bukit-bukau yang menghijau. Penduduk kampung berkumpul di sekeliling padang terbuka. Gelak tawa bergema, mengisi ruang udara senja yang hangat. Muzik mula kedengaran, membimbing penari-penari berpasangan yang saling bertukar senyuman dan tersipu malu dengan langkah-langkah nakal. Sorakan dan tepukan mengiringi, apabila jiran-jiran kelihatan dalam suasana yang bersemangat, bersatu dan cukup mesra. Maka bermulalah malam ronggeng.

    Inilah peluang anda untuk menghidupkan kembali kehangatan, irama dan kegembiraan bersama. Dengan pentas moden, pencahayaan kreatif dan teknik teater imersif, Kampung Ronggeng 2.0, persembahan oleh Gangsapura, mengaburkan sempadan antara pelakon dan penonton. Bersedialah untuk dibawa masuk ke dalam sambutan gaya kampung yang meriah, di mana penari dan pemuzik menyulam keriangan mengikut alunan gamelan yang mengasyikkan, membalut anda dalam satu anyaman tradisi yang mempesona.

    “Ia satu jemputan: untuk ketawa, untuk menari, untuk menyanyi, dan untuk mengingati bahawa tradisi akan terus hidup apabila kita menghidupkannya bersama,” kata pengasas bersama Gangsapura, Nur Diyana Nadira. Dia bersama suaminya Teuku Umar Ilany, telah menubuhkan kumpulan ensembel muzik ini pada tahun 2016. Ronggeng sentiasa menjadi lambang kegembiraan, kebersamaan dan perayaan dalam dunia Melayu. “Ia merupakan bentuk seni yang secara semula jadi menggabungkan tarian, muzik dan komuniti,” jelas Nur Diyana. “Bagi kami, ronggeng ialah titik permulaan yang sempurna untuk mengingatkan orang ramai bahawa seni tradisional tidak pernah bersifat jauh atau elit – ia sebenarnya dihidupkan, dikongsi dan dinikmati dalam kehidupan kampung.”

    Berakar pada Tradisi

    Bagi Gangsapura, untuk mengekalkan tarian sosial tradisional Melayu agar terus relevan, kita harus bermula dengan menghidupkan kembali semangat kebersamaannya: “Kampung-kampung yang meraikan hidup melalui tarian, diiringi bunyi gamelan yang memukau dan berentak, bersama ensembel muzik lain.”
     
    Kata Teuku Umar Ilany, "Kami percaya bahawa tradisi perlu dialami sendiri, dan bukan sekadar untuk diperhati." 
    Dengan menghidupkan ruang persembahan yang imersif, di mana penonton menjadi sebahagian daripada muzik dan pergerakan. Kumpulan ini juga ingin memastikan, “ia pastinya bukan sekadar tinggalan sejarah di muzium semata-mata, tetapi budaya yang kekal hidup.” Pasangan ini berharap agar selepas konsert, para penonton akan menyedari bahawa tradisi bukan sekadar warisan, tetapi juga alat untuk membina hubungan, membawa kegembiraan, dan mampu menyembuh dalam kehidupan moden.

    Diilhamkan daripada melodi tradisional, 14 komposisi gamelan asal dipersembahkan dengan lapisan bunyi kontemporari, semuanya berpusat pada kehidupan kampung. Menaikkan suasana harmoni menggambarkan suasana yang ceria, ritual dan irama kehidupan harian. Setiap karya meneroka pelbagai emosi, daripada joget yang rancak, sehinggalah ke renungan yang lebih meditatif, mengimbas bunyi dan jiwa desa. Kesemua karya ini berkembang sebagai satu naratif, membimbing penonton melalui kehidupan seharian di kampung, bermula dari fajar menyingsing sehingga ke malam yang diakhiri dengan ronggeng bersama.
    “Ia satu jemputan: untuk ketawa, untuk menari, untuk menyanyi, dan untuk mengingati bahawa tradisi akan terus hidup apabila kita menghidupkannya bersama."

    Pengasas bersama Gangsapura, Nur Diyana Nadira.

    Membayangkan Semula Warisan

    Sebagai pengamal warisan muzik tradisional, Gangsapura terus meneroka sempadan muzik warisan Melayu bagi membolehkan ia berkembang, menyesuaikan diri dan bersuara dalam zaman yang moden ini. Tanpa terikat sepenuhnya pada masa lalu, kumpulan ini mencipta karya asli, mementaskan persembahan imersif, dan membuka ruang dialog antara tradisi dan inovasi. Mereka memanfaatkan platform kontemporari, dengan penceritaan di media sosial hinggalah kolaborasi di ruang bandar dan sentiasa berusaha untuk mendekati khalayak ramai di mana sahaja mereka berada, dalam cara yang baharu namun tetap berakar.

    Persembahan mereka bukan sekadar tentang ingatan budaya, tetapi juga tentang daya cipta. Inilah yang menjadikan Kampung Ronggeng 2.0 sebagai ruang untuk berhubung: antara masa lalu dan masa kini, antara penggiat seni dan penonton, antara kampung dan kota. Seperti yang dikatakan oleh Nur Diyana, “Kami melihat tradisi sebagai satu pengalaman, bukan sekadar pengajaran.” Beliau menekankan: “Dengan menjadikan konsert ini interaktif, imersif dan penuh elemen permainan, kami mengurangkan jurang bagi mereka yang mungkin rasa terasing atau takut untuk mendekati seni tradisional.”


    Membentuk Persembahan

    Dalam usaha mengolah semula bagaimana ronggeng dialami secara tradisional di kampung, penonton akan turut terlibat dalam Kampung Ronggeng 2.0 kerana secara langsung mereka akan berkongsi jiwa mereka dengan membentuk muzik dan tarian sepanjang konsert berlangsung. Tiada dua persembahan yang akan sama, kerana penonton yang digalakkan untuk berpakaian seperti “orang kampung”, menjadikan mereka sebahagian daripada penceritaan. Menariknya cara penonton membalas, sama ada melalui rentak, pergerakan, atau seruan dan jawapan boleh memanjangkan atau mengubah sesuatu bahagian dalam persembahan.
     
    Bagi Teuku Umar, kampung bukan sekadar sebuah tempat; ia adalah falsafah tentang perkongsian, rasa memiliki, dan keharmonian. Dengan menetapkan konsert dalam latar yang diinspirasikan oleh semangat kampung, beliau berharap penonton akan melambatkan langkah, berkumpul dan kembali menyentuh nilai-nilai murni yang sudah lama berakar dalam jiwa masyarakat Malaysia.
     
    Kampung Ronggeng 2.0 menghayati kekuatan Malaysia yang pelbagai, menjadikan kampung sebagai ruang inklusif di mana semua orang rasa diterima. Dengan menggabungkan gamelan dan ronggeng, Gangsapura mempersembahkan karya yang bukan sahaja menjadi akar budaya, tetapi juga pencetus inspirasi. Dalam proses seni ini, bukan sekadar menyuntik rasa nostalgik, tetapi memberi pengalaman yang benar-benar hidup dan nyata.


    Di mana dan bila

    Tarikh: Sept 4 – 7, 2025 (Khamis – Ahad)
    Masa: 8.30 mlm (pintu dibuka pada 8 mlm)
    Lokasi: Experimental Theatre, ASWARA, 464, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.
    Tiket: RM99 (Terhad, tempat duduk imersif yang terbuka)
    Untuk maklumat lanjut: Kampung Ronggeng 2.0 – Gangsapura

Discover more stories

Warisan KL is an initiative aimed at revitalising the heart of Kuala Lumpur into a vibrant and creative hub. It involves a series of events, programmes, and projects that celebrate the city's rich history and culture while fostering innovation and creativity.
© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2