• Discover Gamelan music with Gangsapura

    Wan Nor Alia Wan Ali | 13 February 2025

    If you have a deep appreciation for heritage and traditional arts, Malay music ensemble Gangsapura invites you to discover the rich cultural tapestry of Kuala Lumpur through the mesmerizing sounds of gamelan.

    Founded in 2016 by husband and wife duo Teuku Umar Ilany and Nur Diyana Nadira, Gangsapura takes its name from "gangsa" (bronze) and "pura" (city), symbolising its mission to be a sanctuary for traditional music. Inspired by the time-honoured legacy of gamelan, an ensemble of percussive instruments such as metallophones, gongs and drums, Gangsapura is dedicated to reviving and preserving this centuries-old art form.

    With fewer young musicians taking up gamelan these days, Gangsapura bridges the past and present by infusing contemporary elements into its performances, ensuring that this treasured heritage continues to resonate with younger generations.

    Umar, who is a lecturer and an expert in gamelan music at the National Academy of Arts, Culture and Heritage (Aswara) – one of Malaysia's leading arts institutions – shares some insights into the origins of gamelan. He feels it is so important to understand the history of genre before attempting to learn how to play its instruments.
    Gamelan originated from the Riau-Lingga archipelago. Various types of gamelan existed before the emergence of Malay Gamelan, such as Balinese Gamelan and Javanese Gamelan.

    Initially, gamelan music was played as an accompaniment to dance performances. Umar explained that Tengku Ampuan Mariam, a princess from Pahang, was taught these dances by her mother. The influence of this music was later introduced to the palace courts in Terengganu when Tengku Ampuan Mariam married Prince Tengku Sulaiman of Terengganu, who was also passionate about dance and music.

    At that time, gamelan instruments were redesigned to match traditional Malay aesthetics and sounds, making them unique and distinct from other gamelan styles. The arrangement of the music was also altered, resulting in the melodies we hear today.

    "Although gamelan has been present in the Malay peninsula for a long time, Malay Gamelan was rediscovered in 1966. After Malaya gained independence, Tunku Abdul Rahman ordered a search for lost Malay traditions. Tan Sri Mubin Sheppard, who was the Director of the National Museum at the time, travelled across the country for this task, including to Istana Kolam in Terengganu. During his search, he discovered several sets of beautifully preserved musical instruments that had been kept hidden by the Queen, Tengku Ampuan Mariam," Umar explained.

    "After much persuasion, the Queen revealed that these instruments were part of the Malay Gamelan, which had been banned since the war in 1942. From that moment on, gamelan was reintroduced to the public and has since become a proud artistic heritage of the nation," he added.

    A gamelan ensemble consists of seven different instruments, each producing unique sounds.

    “The keromong consists of ten small knobbed gongs arranged on a wooden frame. It carries the decorative melody, weaving intricate musical patterns throughout the piece. The gambang, crafted from wooden slats, is played with both hands to produce flowing, elaborate melodies. Complementing this are the saron besar and saron kecil – metallophones that play the core melody, anchoring the ensemble’s sound. The kenong, a set of horizontal gongs, punctuates the music at key moments, marking important structural points. A pair of gongs – one large, one small – serves as the musical timekeepers, signaling the cyclical nature of the composition. Finally, the gendang, a double-headed drum, drives the rhythm and gives the ensemble its pulse,” Diyana explained.

    According to Gangsapura, gamelan is both majestic and mystical – not only in its sound but also in its physical design. Playing in a gamelan ensemble involves observing certain traditions and etiquette. One must never step over the instruments, as a show of respect for the art form. Players should always sit cross-legged while playing, even when handling the large gong. When moving around the gamelan set, it is important to walk slowly and mindfully, reminding everyone to be cautious and to avoid bumping into or damaging the instruments. Finally, all instruments should be stored properly after use, ensuring they remain organised and well-maintained.

    Umar also shared how his love for gamelan first began. At just seven years old, he was captivated by the sound and beauty of the instruments. Today, he hopes to pass on that passion to others, inspiring a wider appreciation for gamelan among the public.

    "I want everyone to have the opportunity to experience the joy of playing gamelan. I also feel it is my responsibility to share whatever knowledge I have about Malay Gamelan with everyone because many are unaware of its existence," Umar said.

    "When we learn about our own traditional arts, we begin to better understand our origins and culture. From one interest, we might soon develop an appreciation for other aspects of our culture," Umar enthusiastically said.

    Gangsapura now has its own dedicated space on the 8th floor of GMBB, Kuala Lumpur, a creative hub offering various artistic activities and delicious food. Several affordable gamelan classes are available, ranging from RM80 to RM200 including:

    • Gamelan Crash Course
    • Basic/Intermediate/Advanced Gamelan Classes (4 weeks, with certificate of participation)
    • Gamelan Classes for Children, as well as Parent-Child Classes
    • Monthly Subscription-Based Gamelan Classes: a community gamelan programme aimed at organising gamelan activities and performances

    Gangsapura also offers performances, private workshops and music production.

    Gangsapura
    GM- 8- 13 & 13A, Level 8,
    GMBB, No. 2, Jalan Robertson,
    50150 Kuala Lumpur

    For bookings or further info, check out Gangsapura’s website and socials:

  • Kenali Gamelan bersama Gangsapura

    Wan Nor Alia Wan Ali | 13 February 2025

    Penuhkan hujung minggu dan hari anda dengan aktiviti kesenian di Ibu Kota Kuala Lumpur. Ada ke aktiviti seni dan kebudayaan di tengah- tengah kota ni? Jangan risau, Gangsapura kan ada untuk anda sulamkan aktiviti kebudayaan dalam itinerari anda sewaktu lawatan ke Kuala Lumpur.

    Ditubuhkan pada tahun 2016 oleh pasangan suami isteri, Teuku Umar Ilany dan Nur Diyana Nadira, Gangsapura merupakan nama yang diambil daripada dua perkataan yang membawa maksud gangsa (Bronze) dan pura (City) atau Kota Gangsa. Menurut pengasasnya, perkataan ini mencerminkan visi mereka untuk menjadi hub bagi seni tradisional.

    Gamelan merupakan alat muzik tradisi melayu yang mengeluarkan alunan muzik yang lembut buat halwa telinga si pendengar. Namun tidak ramai anak muda yang belajar alat muzik ini. Seiringan dengan trend semasa, Gangsapura mengambil inisiatif untuk cuba manarik lebih ramai orang supaya meminati gamelan dengan suntikan elemen kontemporari.

    Umar yang juga seorang pensyarah dan pakar dalam bidang muzik gamelan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sebuah institusi seni terkemuka di Malaysia, turut bercerita tentang asal usul kedatangan alat muzik ini. Penting untuk kita ketahui sejarah tradisi sebelum mula bermain alat muzik, supaya ceritanya tidak lapuk dek zaman.
    Gamelan bermula dari kepulauan Riau Lingga (kini Johor). Terdapat beberapa jenis gamelan sebelum wujudnya Gamelan Melayu seperti Gamelan Bali, Gamelan Jawa dan akhirnya membentuk Gamelan Melayu hasil daripada perkahwinan campur antara Riau Lingga dan Kerabat Diraja Pahang.

    Pada asalnya, gamelan dialunkan bagi mengiringi tarian. Tambah umar, Tengku Ampuan Mariam, Puteri Pahang pada ketika itu juga telah diajar tentang tarian tersebut oleh ibunya. Pengaruh muzik ini kemudian telah dikenalkan di Istana Terengganu selepas Tengku Ampuan Mariam berkahwin dengan Putera Terengganu, Tengku Sulaiman yang juga meminati seni tari dan muzik ini.

    Pada waktu itulah alat muzik gamelan telah direka semula bersesuaian dengan reka bentuk dan bunyi tradisi melayu, pengubahsuaian ini menjadikan bunyinya unik dan berbeza dengan gamelan lain. Susunan lagunya juga telah diubah seperti mana bunyi yang ada sekarang.

    “Walaupun sudah lama berada di Tanah Melayu, namun Gamelan Melayu hanya mula ditemui pada tahun 1966. Selepas Tanah Melayu merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengarahkan untuk mencari tradisi-tradisi melayu yang hilang. Tan Sri Mubin Sheppard yang juga Pengarah Muzium Pertama pada Ketika itu telah pergi ke serata Tanah Melayu. Ini termasuklah Istana Kolam, Terengganu dan sewaktu pencarian beliau terjumpa beberapa set alat muzik yang tersimpan cantik, namun tidak dikongsikan oleh Permaisuri Tengku Ampuan Mariam pada ketika itu,” Kata Umar.

    “Setelah dipujuk, permaisuri berkongsi yang ini merupakan Gamelan Melayu yang telah diharamkan sejak peperangan pada tahun 1942. Bermula dari situ, alat muzik ini mula dipertontonkan dikhalayak ramai dan menjadi salah satu kebanggaan kesenian negara sehingga ke hari ini,” tambahnya.
    Apabila menyebut tentang gamelan ramai yang tidak mengetahui bahawa gamelan sebenarnya terdiri daripada himpunan tujuh alat muzik yang mebawa bunyi yang berbeza.

    “Terdapat keromong, yang terdiri daripada 10 gong kecil di atas rak kayu yang berperanan memainkan melodi berbunga. Gambang yang diperbuat daripada kayu berbilah dan dimainkan dengan kedua-dua tangan bagi menghasilkan melodi berbunga. Kemudian saron besar dan saron kecil, di mana kedua-duanya berperanan bagi memainkan melodi asas. Kanong pula memainkan nada pada tempat tertentu bagi menanda muzik. Kita juga ada sepasang gong, gong besar dan gong kecil yang dimainkan sebagai penanda kitaran lagu. Akhir sekali gendang yang mempunyai dua muka dan berfungsi memberi ritma pada lagu,” terang Diyana.

    Penerimaan dan penghayatan dalam sesebuah alat muzik atau bunyi selalunya berbeza. Menurut pengasas Gangsapura, dia menyifatkan gamelan sebagai suatu alat yang majestic dan mistik, bukan sahaja pada bunyi, malah alatnya juga.

    Terdapat beberapa pantang larang yang harus kita ikuti apabila bermain gamelan. Antara yang utama adalah untuk tidak melangkah alat muzik, sebagai tanda hormat terhadap tradisi kita. Kedua apabila bermain gamelan, cara permainannya adalah dalam posisi bersila walaupun bermain gong besar. Ketiga apabila melalui sekitar set gamelan, jalanlah dengan perlahan sebagai peringatan kepada semua pemain supaya tidak terlanggar dan mencederakan diri sendiri. Akhir sekali, pastikan alat muzik disimpan dengan baik sepertimana sebelum bermain agar datang dan pergi dalam keadaan yang kemas dan bersih.

    Sempat juga Umar berkongsi bagaimana minatnya terhadap instrumen ini bermula. Di usia 7 tahun dia sudah megenali dan jatuh cinta terhadap gamelan. Rasa minat itu yang ingin Umar kongsikan bersama semua masyarakat supaya lebih ramai yang mula meminati dan berjinak untuk mengenali alat ini.

    “Kalau orang tak suka saya akan tertanya- tanya kenapa dia tak suka. Kita nak orang rasa juga betapa seronoknya dapat main gamelan. Sekarang saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi tentang gamelan pada semua, sebab ramai yang tidak tahu tentang Gamelan Melayu,” kongsi Umar.

    Harapan mereka di Gangsapura untuk menjadi hub seni untuk muzik tradisional adalah satu matlamat yang wajar disokong kerana tidak ramai anak muda yang sanggup meluangkan masa lapang untuk mengajar dan membantu orang ramai untuk memahami tradisi di Malaysia.

    “Bila kita belajar seni tradisi sendiri, barulah kita faham asal usul dan budaya kita. Dari satu budaya mungkin kita akan mula menyukai budaya yang lain seperti meminati kuih-muih tempatan atau muzik lain,” seronok Umar berkongsi.
    Gangsapura kini telah dibuka di tingkat 8, GMBB, Kuala Lumpur, sebuah pusat yang menyajikan pelbagai aktiviti seni dan juga hidangan makanan yang menarik. Terdapat beberapa kelas yang anda boleh anda ikuti untuk belajar gamelan bermula daripada RM80 sehingga RM200 sahaja:-
    • Kelas Gamelan Crash Course
    • Kelas Gamelan Asas/Pertengahan/Lanjutan (4 minggu beserta sijil penyertaan)
    • Kelas Gamelan untuk kanak-kanak, serta kelas kanak-kanak bersama ibubapa
    • Kelas Gamelan secara subscription bulanan. Sebuah sesi gamelan berkomuniti yang bermatlamat untuk mengadaakan aktiviti gamelan dan persembahan.

    Gangsapura juga menyediakan servis persembahan, workshop private dan produksi muzik.

    • Gangsapura
      GM- 8- 13 & 13A, Level 8,
      GMBB, No. 2, Jalan Robertson,
      50150 Kuala Lumpur
    • Dapatkan slot anda di lawam web Gangsapura.
    • Website: www.gangsapura.com
    • Instagram: @gangsapura

Discover more stories

Warisan KL is an initiative aimed at revitalising the heart of Kuala Lumpur into a vibrant and creative hub. It involves a series of events, programmes, and projects that celebrate the city's rich history and culture while fostering innovation and creativity.
© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2