• Keeping KL Grounded as It Grows

    ANN MARIE CHANDY | 2 May 2025

    KUALA Lumpur isn’t just about skyscrapers like the Petronas Twin Towers. It’s also a city rich with history, culture and a vibrant mix of traditions – and now, there’s a bold new initiative to celebrate and preserve that.

    Warisan KL officially launched on April 25, with Prime Minister Dato’ Seri Anwar Ibrahim unveiling an ambitious vision to transform the historic heart of Kuala Lumpur into a vibrant creative and cultural district. The event was a lively gathering, drawing a distinguished crowd that included Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Minister in the Prime Minister’s Department (Federal Territories), Chief Secretary to the Government Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Mayor Dato’ Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, Managing Director of Khazanah Nasional Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, alongside corporate leaders, ambassadors, senior government officials, community figures and members of the creative industry.
    At the launch, Anwar drew on the spirit of Mark Twain’s observation about Washington D.C. – a city known for its grand buildings but often seen as lacking cultural soul – a reminder that architecture alone cannot define a city’s true vitality.

    The Prime Minister spoke about the importance of progress. “Malaysia must embrace new technologies like digital innovation and artificial intelligence,” he said, adding however that “While we reach for the skies in pursuit of progress and new frontiers, we must stay rooted to the ground – to our identity, humanity, faith, culture, values and ethics that keep us whole.”

    Anwar also reminded everyone present at the launch held at the Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Auditorium, that the city’s historical beginnings – from Raja Abdullah to Yap Ah Loy and the many communities who built the city – should be a source of pride for the nation.

    Importantly, he emphasised that progress must be inclusive. “We must not forget the heart of the city: the people who fill the warung and hawker stalls. These establishments must be upgraded, kept clean and comply with regulations. As KL moves forward, it must be a city for all, not just for the wealthy or those in fancy skyscrapers.”
    Zaliha said that this initiative is part of the broader agenda of the Federal Territories, ensuring that Kuala Lumpur’s development moves in tandem with the preservation of its heritage. “In line with the CHASE vision (which equates to a clean, healthy, advanced, safe and eco-friendly lifestyle), Warisan KL plays a vital role in preserving the dignity and collective memory of the capital while enriching the spaces that sustain the daily lives of its people.”

    Maimunah, reinforced the idea that Warisan KL is about making the city a better place for everyone, which means more green spaces, open fields, safe walking and cycling areas, and vibrant public places where people can gather, relax and connect.

    “Kuala Lumpur is a city in motion – rooted in history, enriched by diversity, and constantly evolving to meet the needs of its people. As the steward of our capital city, DBKL (Kuala Lumpur City Hall) is implementing Warisan KL, in partnership with Think City, to reimagine the city’s historic core through the lenses of culture, creativity and community.

    “This is a pivotal chapter in Kuala Lumpur’s transformation,” she added. “Not only as a capital for all Malaysians, but as a thriving city of the Global South, where history and innovation converge to shape a more inclusive, creative and globally connected urban future.”
    Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Managing Director of Think City, captured the initiative’s essence: “More than revitalisation, this is an invitation to reclaim our narrative – to see the city not only as a place of progress, but as a shared legacy that reflects the spirit of a nation still becoming.”

    Warisan KL is a collaborative public-private-people initiative, brought to life through the collective effort of government agencies, corporate partners, cultural institutions and local communities. While DBKL and Think City play coordinating roles, its success hinges on a wide network of partners and stakeholders – including Khazanah Nasional, MBI Selangor, Jabatan Warisan Negara, PNB Merdeka Ventures, Prasarana, religious and heritage site custodians, transport authorities, local businesses and civic groups – all working together to protect the city’s past while building its future. It covers a 20sqkm area, focusing on some of the city’s most important heritage, civic and commercial zones.
     
    Warisan KL’s placemaking and content strategy is built on years of groundwork – from baseline studies, spatial diagnostics, and public surveys, to Urban Clinics and community engagements.

    Its delivery is anchored in a multi-tiered governance structure to ensure alignment, transparency, and sustained impact. A Steering Committee, co-chaired by Finance Minister II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, and the Minister in the Prime Minister’s Department (Federal Territories), Zaliha, oversees the initiative, guiding flagship projects with the support of key ministries.
    Warisan KL brings together 10 flagship pilot projects including the revitalisation and reimagination of Dataran Merdeka, Carcosa Seri Negara, Merdeka 118, the Masjid Jamek area and the KL Railway Station. Khazanah Nasional has already allocated RM600mil to kickstart some of the work.

    If you’re visiting KL, expect to see a city buzzing with new energy – where dazzling towers stand proudly alongside historic buildings, lively street markets, serene green parks and vibrant cultural festivals.

    And for Malaysians, Warisan KL is a powerful reminder that progress and heritage can – and must – go hand in hand.
  • Mengakar KL disebalik Perkembangan Kota

    ANN MARIE CHANDY | 2 May 2025

    KUALA Lumpur bukan sekadar tentang bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Petronas. Ia juga sebuah bandar yang kaya dengan sejarah, budaya dan kepelbagaian tradisi – dan kini, terdapat satu inisiatif berani untuk meraikan serta memelihara semua ini.

    Warisan KL telah dilancarkan secara rasminya pada April 25, oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang mana ia memperkenalkan visi untuk mengubah pusat bersejarah Kuala Lumpur menjadikan daerah kreatif dan budaya yang meriah. Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung dengan menghimpunkan tetamu-tetamu kehormat; Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Datuk Bandar Dato’ Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, serta pemimpin korporat, duta, pegawai kanan kerajaan, tokoh masyarakat dan rakan-rakan industri kreatif.
    Dalam ucapannya, Anwar mengimbas kembali pemerhatian mendiang Mark Twain tentang Washington DC – sebuah bandar yang dikenali dengan bangunan megah tetapi dari sudut lain dilihat kurang jiwa budayanya – sebagai peringatan bahawa seni bina semata-mata tidak dapat menentukan keutuhan sebenar sesebuah bandar.

    Perdana Menteri turut menekankan kepentingan kemajuan. “Memang kita tidak akan maju kalau tidak menggapai langit. Teknologi baharu seperti digital, kecerdasan buatan (AI) serta transisi tenaga adalah antara keutamaan yang perlu disegerakan,” katanya, sambil menambah bahawa “Tetapi menggapai langit itu harus mengakar ke bumi, iaitu faham sejarah, budaya, nilai dan akhlak.”

    Anwar turut mengingatkan semua yang hadir di majlis pelancaran yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bahawa asal-usul sejarah bandar ini – daripada Raja Abdullah dan Yap Ah Loy hinggalah pelbagai komuniti yang membinanya – seharusnya menjadi sumber kebanggaan negara.

    Beliau turut menekankan bahawa kemajuan mesti bersifat inklusif. “Kita tidak boleh melupakan nadi sebenar bandar ini: rakyat yang memenuhi warung dan gerai penjaja. Premis-premis ini perlu dinaik taraf, dijaga kebersihannya dan mematuhi peraturan. Apabila KL terus maju, ia mesti menjadi sebuah bandar untuk semua – bukan hanya untuk golongan berada atau mereka yang tinggal di pencakar langit mewah.”
    Zaliha berkata bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada agenda luas Wilayah Persekutuan, bagi memastikan pembangunan Kuala Lumpur bergerak seiring dengan pemeliharaan warisannya. “Selaras dengan visi CHASE (yang merangkumi gaya hidup yang bersih, sihat, maju, selamat dan mesra alam), Warisan KL berperanan memelihara maruah dan memori ibu kota, sambil memperkasa ruang-ruang yang menjadi nadi kehidupan warganya.”

    Maimunah pula menegaskan bahawa Warisan KL bertujuan menjadikan bandar ini tempat yang lebih baik untuk semua, yang bermaksud lebih banyak ruang hijau, padang terbuka, kawasan berjalan kaki dan berbasikal yang selamat, serta tempat awam yang meriah untuk orang ramai berkumpul, berehat dan berhubung.

    Kuala Lumpur ialah sebuah kota yang dinamik – berakar pada sejarah, diperkaya dengan kepelbagaian dan terus berkembang untuk memenuhi keperluan warganya. Sebagai pemegang amanah ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Warisan KL bersama Think City, untuk membayangkan semula nadi sejarah kota ini melalui lensa budaya, kreativiti dan komuniti.

    “Sekarang merupakan fasa penting dalam transformasi Kuala Lumpur,” tambahnya. “Bukan sahaja sebagai ibu negara milik semua rakyat Malaysia, tetapi juga sebagai sebuah kota pesat di Global South (di negaranegara membangun), di mana sejarah dan inovasi bertemu untuk membentuk masa depan kota yang lebih inklusif, kreatif dan terhubung.”
    Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Pengarah Urusan Think City, merangkumkan inisiatif ini: “Lebih daripada sekadar usaha pemuliharaan, Warisan KL merupakan satu seruan untuk kita membentuk semula penceritaan kota ini – bukan hanya sebagai lambang kemajuan fizikal, tetapi sebagai warisan hidup yang mencerminkan semangat sebuah bangsa yang sedang mencorak masa depannya.”

    Warisan KL merupakan inisiatif kolaboratif antara sektor awam, swasta dan rakyat, yang diwujudkan melalui usaha kolektif agensi kerajaan, rakan korporat, institusi budaya dan komuniti setempat. Walaupun DBKL dan Think City memainkan peranan sebagai penyelaras, kejayaan inisiatif ini bergantung kepada rangkaian luas rakan kongsi dan pihak berkepentingan – termasuk Khazanah Nasional, MBI Selangor, Jabatan Warisan Negara, PNB Merdeka Ventures, Prasarana, penjaga tapak keagamaan dan warisan, pihak berkuasa pengangkutan, perniagaan tempatan dan kumpulan masyarakat sivil – yang semuanya bekerjasama untuk melindungi masa lalu bandar sambil membina masa depannya. Inisiatif ini merangkumi kawasan seluas 20km persegi, dengan tumpuan kepada beberapa zon warisan, sivik dan komersial yang utama di bandar ini.

    Strategi pengisian dan pemaknaan ruang Warisan KL dibina atas asas kajian bertahun-tahun – merangkumi kajian asas, diagnostik ruang, tinjauan awam, Klinik Bandar dan libat urus komuniti.
     
    Pelaksanaannya disokong oleh struktur tadbir urus pelbagai lapisan untuk memastikan penjajaran, ketelusan, dan impak yang berterusan. Sebuah Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Zaliha, memantau inisiatif ini serta memberi panduan kepada projek-projek utama dengan sokongan kementerian yang berkaitan.
    Warisan KL menghimpunkan 10 projek perintis utama termasuklah pemulihan dan pengolahan semula Dataran Merdeka, Carcosa Seri Negara, Merdeka 118, kawasan Masjid Jamek dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Khazanah Nasional telahpun memperuntukkan RM600 juta untuk memulakan sebahagian daripada kerja-kerja ini.

    Jika anda berkunjung ke KL, anda boleh menjangkakan sebuah bandar yang dipenuhi suasana baharu – di mana menara pencakar langit berdiri megah di samping bangunan bersejarah, pasar jalanan yang meriah, taman-taman hijau yang tenang dan festival budaya yang berwarna-warni.

    Dan bagi rakyat Malaysia, Warisan KL adalah peringatan yang kuat bahawa kemajuan dan warisan boleh – dan harus – berjalan seiring.

Discover more stories

Warisan KL is an initiative aimed at revitalising the heart of Kuala Lumpur into a vibrant and creative hub. It involves a series of events, programmes, and projects that celebrate the city's rich history and culture while fostering innovation and creativity.
© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2