• KL hosts Asia’s first International Bach Festival

    Chin Jian Wei | 18 July 2025

    BACHFEST Malaysia celebrates 10 years of sharing Baroque composer Johann Sebastian Bach’s music with Malaysian audiences by announcing the inaugural International Bachfest Malaysia 2025, themed “Bridging Bach.”

    The festival will take place across five days, from July 23 to 27 at the historic Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) and Quan’s Kitchen at Four Points by Sheraton Kuala Lumpur in Chinatown. Throughout the festival, visitors can enjoy an exciting lineup of concerts, lectures and forums, all celebrating the enduring legacy of Bach’s music.

    “Situated in the heart of Malaysia’s vibrant capital and surrounded by a rich tapestry of multicultural heritage, iconic landmarks and distinctive architecture, the venue offers an ideal setting for both artistic inspiration and cultural exploration,” says Prof. Dr David Chin, the founder, chief executive and artistic director of Bachfest Malaysia. “Originally built as a theater, the hall provides an acoustically and atmospherically fitting space for performances of Bach’s music. As the capital city of Malaysia – often considered the gateway to South-East Asia – Kuala Lumpur is a natural choice to host Asia’s first international Bach festival, reflecting both the region’s diversity and its growing significance on the global cultural map.”
    Bachfest Malaysia was founded to present the major works of Bach, and has remained dedicated to its cause ever since. The Malaysia Bach Festival Singers and Orchestra has toured extensively across East and West Malaysia and their performances have been met with critical acclaim, winning multiple BOH Cameronian Arts Awards.

    The theme, “Bridging Bach”, was chosen to represent the festival’s goal of connecting people of all cultures and backgrounds through Bach’s music. The executive director of Bachfest Malaysia, John Wong says, “Bach’s music is melodically beautiful and many of his pieces are widely familiar – people often don’t realise they’re listening to his compositions. Moreover, the themes in Bach’s work revolve around universally shared human experiences, such as suffering, hope and redemption. People resonate with Bach’s music because they hear their own lives reflected in it and are prompted to reflect on their personal journeys.” It is the organisers’ hope that the festival will help to foster global unity.
    In June 2024, Malaysia's Bach Festival Singers and Orchestra made history as the first ensemble from South-East Asia invited to perform at the prestigious Bachfest Leipzig 2024 in Germany.
    Chin believes that classical music like Bach’s is timeless and defies even the erosion of time. He says, “It has endured through the centuries not by chance, but because of its profound depth and enduring relevance. Unlike entertainment, which often serves as an escape from reality, great art compels us to face it. Bach’s music invites us to confront ourselves, to reflect on our lives, and to consider the deeper distinction between the temporary and the eternal. At our core, I believe we are all searching for meaning – and Bach’s music has the rare power to speak to that longing in a deeply personal and transformative way.”

    The South-East Asia Bach Competition stands out as a key initiative in this festival, serving as a platform for South-East Asian musicians to perform Bach’s music, shaped by their own interpretations. With the support of Bachfest Leipzig, an honorary patron, winners will have the opportunity to perform at Bachfest Leipzig 2026, marking a significant milestone for young musicians in the region.

    Among the festival’s many performances, some highlights include Bach’s St. Matthew Passion, presented in two performances. This monumental work requires a large ensemble featuring double choirs, double orchestras and multiple soloists. Acclaimed Austrian tenor Daniel Johannsen will take on the role of the Evangelist, narrating the Passion story alongside the Malaysia Bach Festival Singers and Orchestra.

    Other than that, the festival will also showcase Bach’s Goldberg Variations, performed by renowned Malaysian pianist Ng Chong Lim in his first public interpretation of the piece. Additionally, Bernice Ooi, concertmaster of Bachfest Malaysia, will present two of Bach’s unaccompanied violin partitas. Emphasising the relationship between Bach and jazz, the festival includes “J-azz Bach” concerts led by Malaysian jazz artist Tay Cher Siang, alongside WVC Jazz Ensemble, offering an innovative reimagination of Bach’s music through a jazz lens.

    Beyond performances, the festival includes a forum titled “Bach in Asia”, bringing together speakers from China, the Philippines and Malaysia. The discussion will explore Bach’s significance in an Asian context, examining his music’s lasting impact and continued relevance in contemporary society. A series of lectures will also provide deeper insights into Bach’s music, with speakers approaching his work from the perspectives of religion, philosophy and musicology. Among the keynote speakers is Prof Dr Alex Tseng, a philosophy professor from Zhejiang University, China.

    Chin extends a warm invitation to all. “This kind of experience is incredibly rare in Malaysia: timeless, high-quality music brought to life by a large ensemble of exceptional homegrown and international artists,” he says. “To witness it live – to be fully present, surrounded by so many others, all focused on the same moment – is something truly special. It’s the kind of experience that stays with you, a memory to cherish whether you share it with someone or simply keep it for yourself. If you’re willing to slow down, to really listen and feel, it might just become a kind of spiritual retreat – something deeply meaningful in the midst of everyday life.”

    To see the full list of programmes and performances, please visit Bachfest Malaysia’s official website, and buy tickets at CloudJoi.

  • KL Menjadi Tuan Rumah Asia Pertama dalam Festival Bach Antarabangsa

    Chin Jian Wei | 18 Julai 2025

    BACHFEST Malaysia meraikan 10 tahun perkongsian muzik penggubah Baroque Johann Sebastian Bach dengan penonton Malaysia dengan mengumumkan International Bachfest Malaysia 2025 yang pertama kali diadakan di sini, bertemakan “Bridging Bach”.

    Festival ini bakal berlangsung selama lima hari, dari 23 hingga 27 Julai, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) yang bersejarah, serta Quan’s Kitchen di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown. Sepanjang festival, para pengunjung boleh menikmati pelbagai acara menarik termasuk konsert, syarahan, serta forum, semuanya bagi meraikan warisan muzik Bach yang terus hidup dan relevan hingga ke hari ini.

    “Terletak di tengah-tengah ibu negara Malaysia yang dikelilingi dengan pelbagai warisan budaya, mercu tanda ikonik serta seni bina yang unik, lokasi ini menawarkan suasana yang ideal untuk ilham artistik dan penerokaan budaya,” kata Prof Dr David Chin, pengasas, Ketua Eksekutif dan pengarah artistik Bachfest Malaysia.

    “Pada asalnya ia dijadikan sebagai sebuah teater, namun kini ia menjadi ruang yang sesuai dari segi persembahan akustik dan suasana untuk persembahan muzik Bach. Sebagai ibu kota Malaysia, yang sering dianggap sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara, Kuala Lumpur merupakan pilihan bagi penganjuran festival Bach Antarabangsa yang pertama di Asia, mencerminkan kepelbagaian rantau ini serta kepentingannya yang semakin meningkat di peta budaya dunia.”
    Bachfest Malaysia telah diasaskan bagi tujuan untuk mempersembahkan karya agung Johann Sebastian Bach, dan sejak penubuhannya, ia kekal setia kepada matlamat tersebut. Malaysia Bach Festival Singers and Orchestra telah mengadakan jelajah secara meluas di seluruh Malaysia Timur dan Barat, dan persembahan mereka telah menerima pujian kritikal serta memenangi pelbagai anugerah BOH Cameronian Arts Awards.

    Tema tahun ini, “Bridging Bach”, dipilih bagi menggambarkan hasrat festival ini dalam menyatukan masyarakat pelbagai budaya dan latar belakang melalui muzik Bach. Pengarah Eksekutif Bachfest Malaysia, John Wong, berkata: “Muzik Bach sangat indah dari segi melodi, dan banyak karya beliau sudah banyak didengari– ramai tidak menyedari bahawa mereka sedang mendengar hasil ciptaannya. Tambahan pula, tema dalam karya Bach berkisar pada pengalaman manusia sejagat seperti penderitaan, harapan dan penebusan. Pendengar berasa dekat dengan muzik Bach kerana mereka mendengar cerminan hidup mereka sendiri di dalamnya, lalu terdorong untuk merenung perjalanan hidup masing-masing.”

    Penganjur festival berharap agar Bachfest Malaysia dapat menjadi medium untuk memupuk perpaduan sejagat melalui kuasa muzik yang menyentuh hati dan jiwa.
    Pada bulan Jun 2024, Penyanyi Malaysia's Bach Festival serta kumpulan orkestra telah mencipta nama dengan menghimpunkan kumpulan Asia Tenggara untuk mengadakan persembahan di Majlis Pengiktirafan Bachfest Leipzig 2024 di German.
    Chin percaya bahawa muzik klasik seperti karya Bach bersifat abadi dan tidak terjejas oleh hakisan masa. Dia berkata: “Ia telah bertahan selama berabad bukan secara kebetulan, tetapi kerana kedalaman maknanya dan bersifat relevan yang kekal. Tidak seperti hiburan yang sering menjadi pelarian daripada realiti, seni agung mengajak kita untuk menghadapinya. Muzik Bach mengundang kita untuk mengenali diri sendiri, merenung kehidupan kita, dan membezakan antara yang sementara dengan yang abadi. Pada dasarnya, saya percaya kita semua mencari makna – dan muzik Bach mempunyai keupayaan luar biasa untuk menyentuh kerinduan itu secara mendalam dan mengubah jiwa kita.”

    Pertandingan Bach Asia Tenggara merupakan salah satu inisiatif utama festival ini, yang berperanan sebagai platform untuk pemuzik Asia Tenggara mempersembahkan karya Bach mengikut interpretasi peribadi masing-masing. Dengan sokongan Bachfest Leipzig selaku penaungnya, para pemenang akan berpeluang mempersembahkan persembahan mereka di Bachfest Leipzig 2026 – satu pencapaian penting bagi pemuzik muda di rantau ini.

    Antara persembahan utama dalam festival ini adalah karya agung St. Matthew Passion oleh Bach, yang akan dipersembahkan dalam dua sesi. Karya monumental ini memerlukan ansambel besar yang merangkumi korus berganda, orkestra berganda dan ramai penyanyi solo. Tenor terkenal dari Austria, Daniel Johannsen, akan memainkan peranan sebagai “Evangelist”, menyampaikan naratif kisah Passion bersama-sama Malaysia Bach Festival Singers and Orchestra.

    Selain itu, festival ini turut menampilkan Goldberg Variations oleh Bach, yang akan dipersembahkan oleh Ng Chong Lim, seorang pemain piano tersohor Malaysia, dalam interpretasi awam pertamanya bagi karya tersebut. Bernice Ooi, ketua konsert Bachfest Malaysia pula akan mempersembahkan dua partita biola tanpa iringan, ciptaan Bach.

    Bagi menyerlahkan hubungan antara Bach dan muzik jazz, festival ini turut mempersembahkan konsert “J-azz Bach” yang diketuai oleh artis jazz Malaysia Tay Cher Siang, bersama WVC Jazz Ensemble, menawarkan penafsiran semula muzik Bach yang inovatif menerusi perspektif jazz.
    Selain persembahan muzik, festival ini turut menghidangkan sebuah forum bertajuk “Bach di Asia”, yang menghimpunkan para penceramah dari China, Filipina dan Malaysia. Perbincangan ini akan membincangkan tentang kepentingan karya Bach dalam konteks Asia, serta impak berkekalan dan mengapa relevan muziknya dalam masyarakat kontemporari. Satu siri syarahan juga akan diadakan untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang muzik Bach, dengan pendekatan daripada perspektif agama, falsafah dan muzikologi. Antara penceramah utama ialah Prof Dr Alex Tseng, profesor falsafah dari Zhejiang University, China.

    Chin menjemput semua untuk hadir dan merasai pengalaman istimewa ini. Dia berkata: “Pengalaman sebegini jarang untuk berlaku di Malaysia – muzik yang abadi dan berkualiti tinggi, dihidupkan oleh kumpulan besar yang terdiri daripada artis tempatan dan antarabangsa yang sangat luar biasa. Untuk menyaksikannya secara langsung, hadir untuk semua aktiviti, pastinya dipenuhi ramai, kerana semuanya memberi tumpuan kepada detik yang sama, ini memang sesuatu yang sungguh istimewa. Ia menjadi kenangan yang akan kekal, sama ada dikongsi bersama orang lain atau disimpan sebagai pengalaman peribadi. Jika anda bersedia untuk memperlahankan langkah, ambil masa untuk mendengar dan merasainya sendiri, ia mungkin dapat menjadi santapan rohani buat jiwa anda, pengalaman yang mendalam di tengah-tengah kehidupan seharian.”

    Untuk melihat senarai penuh program dan persembahan inj, sila layari laman web rasmi Bachfest Malaysia, dan beli tiket anda di CloudJoi.

Discover more stories

Warisan KL is an initiative aimed at revitalising the heart of Kuala Lumpur into a vibrant and creative hub. It involves a series of events, programmes, and projects that celebrate the city's rich history and culture while fostering innovation and creativity.
© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2