• Kueh-linary Comforts

    Amirul Zain | 10 June 2025

    ON a warm afternoon, as sunlight slips through shutters and the sound of clinking teh tarik glasses and tea-time chatter drifts through kopitiams, the humble kuih makes its appearance. These bite-sized treats — steamed, fried, or wrapped in banana leaves — are more than just snacks. In Malaysia, they’re edible heirlooms, carrying the flavours and stories of generations across many cultures.

    A plate of pastel-striped kuih lapis might sit beside a heap of crisp, golden vadai, while glutinous onde-onde dusted with coconut nestles next to spicy pulut panggang. Served with a hot cup of Milo, tea or kopi-O, these sweet and savoury treats are part of a uniquely Malaysian ritual — where Malay, Chinese, Indian, and Peranakan traditions come together in the most comforting way: around the table, in the in-between hours of the day.

    Kuih is Malaysia’s unofficial love language — sweet, flaky, chewy, colourful. It turns up at birthdays, weddings, kenduri and more quietly, at the 4pm tea table. It doesn’t matter where you are — in a village, suburb, or right here in downtown Kuala Lumpur — if it’s kuih you’re after, chances are there’s a stall or shop nearby.

    So whether you’re taking a break from emails, lounging with a date, or treating yourself after exploring the city, here are three spots serving kuih that feel like little love letters — passed down through generations, and from vendor to customer.
    Putu Bambu @Pasar Seni
    There’s something satisfying about watching this kuih made right before your eyes — steam rising from bamboo moulds, the gentle tap-tap as each cylinder is knocked free onto a banana leaf. At this little Putu Bambu stall just outside Pasar Seni, that old-world magic is still alive.

    Operating for over 16 years, this family-run stall has perfected its recipe: a mix of tepung ubi (tapioca starch), tepung beras (rice flour), coconut, gula Melaka (palm sugar), and natural pandan colour and flavourings. The result? A soft, steamed green kuih crowned with fresh grated coconut — light, fluffy, subtly sweet, with a salty, flaky bite from the coconut.
    Saiful, the man behind the counter, has worked here for five years. He says what keeps him going isn’t just the kuih — it’s the people. “The whole team feels like family,” he says, grinning. “No need to submit unnecessary forms if you want a day off.”

    The stall attracts a mix of loyal locals and curious tourists. For regulars, it’s the go-to snack during the lull between lunch and dinner. For newcomers, it’s often their first bite of something unmistakably Malaysian — earthy and warm.
    Secawan @Pasar Besar

    Secawan is neatly tucked inside Central Market, beside Pasar Besar – a grocer-meets-artisan-market concept where tradition meets trend. Open for just two years, this compact café has quickly earned a name for itself with its array of beautiful, balanced kuih.

    While its nasi lemak is a hit, the real stars are the kuih — homemade and thoughtfully refined. Bestsellers include the silky seri muka, the delicate blue-hued kuih tai tai, and the fragrant, banana-filled lepat pisang. The recipes are based on tradition, but tweaked to ensure balance and consistency.

    Ainul, a bright-eyed staff member who recently transferred from cashiering to café duty, lights up when talking about the kuih. “Tourists are always shocked by the colours — they think it’s all fake,” she laughs. “But we use only natural dyes, from bunga telang to pandan.”

    While the vibe here is contemporary, there’s care behind the counter. Every piece is made fresh in the morning and usually sells out by the end of the day — a testament to the growing demand for local sweets that aren’t just nostalgic, but also Instagram-worthy. The dining area is simple yet cozy, blending a mix of traditional tile motifs and modern industrial design, perfect for a quick rest stop while browsing the stores of Central Market.

    Nyonya Colours @NU Sentral

    At Nyonya Colours in NU Sentral, everything is polished — the service, the display, the kuih. And yet, there’s a warmth to it that feels genuine. This well-established chain has been around long enough to earn a place in many Malaysians’ hearts, serving kuih that’s as dependable as it is delicious.

    The Nu Sentral branch has been running for 12 years, and Dwi, the soft-spoken supervisor, has been there for nine. “It’s been a long time,” he says, “but it doesn’t feel like work. My colleagues — even the regular customers — they’ve become family.”

    While some might dismiss chains as overly commercial, Nyonya Colours takes quality seriously. Their kuih is made in a central kitchen in Damansara, using regional recipes from across the Nusantara — from Malaysia and Singapore to southern Thailand. Fresh deliveries arrive at each branch three times daily (8am, 10am, 3pm), ensuring that the kuih you get at teatime is fresh.

    Unlike some stalls where the texture or sweetness can vary from batch to batch, Nyonya Colours offers consistency. Whether you’re craving a chewy kuih bingka, a glossy kuih lapis, or some crispy cucur udang, you’ll find it here — just the way you remember it.

    Kuih isn’t just dessert — it’s cultural shorthand. Each piece holds memory, craft and identity in bite-sized form. Whether steamed in bamboo by the roadside, plated in a chic café, or neatly arranged in a chain store, kuih remains a daily joy — something to share, something to crave, something that reminds you that even in a fast-moving city, there’s always room to pause.

    So the next time you’re in the heart of downtown KL, and you’re craving something sweet and grounding — skip the cupcakes. Reach for kuih instead.

  • Kuih – kelazatan dalam setiap suapan

    Amirul Zain | 10 June 2025

    DI petang yang terik, cahaya senja menyusup melalui celahan tingkap, disulam pula dengan bunyi dentingan gelas teh tarik serta perbualan santai bergema di kopitiam, kuih yang kelihatan sederhana ini mula membuat terhidang. Snek bersaiz kecil ini — sama ada dikukus, digoreng atau dibungkus dalam daun pisang — bukan sekadar makanan ringan. Di Malaysia, kuih merupakan warisan yang boleh dimakan, membawa rasa dan kisah turun-temurun daripada pelbagai budaya.

    Sepinggan kuih, berselang seli – dilapis dengan dua ton warna pastel, mungkin terhidang di sisi timbunan vadai rangup keemasan, manakala onde-onde pulut berinti manis dan disalut kelapa parut bersandar mesra di sebelah pulut panggang yang berempah. Dihidangkan bersama secawan Milo panas, teh atau kopi-O, aneka kuih manis dan pelbagai rasa ini adalah sebahagian daripada ritual unik rakyat Malaysia — saat di mana tradisi Melayu, Cina, India dan Peranakan bertemu dalam kombinasi yang sederhana namun memberi rasa yang bahagia: di sekeliling meja, pada waktu-waktu santai di antara siang dan malam.

    Kuih adalah bahasa cinta tidak rasmi rakyat Malaysia — manis, rapuh, kenyal dan berwarna-warni. Ia muncul di majlis hari jadi, perkahwinan, kenduri dan dalam suasana yang lebih tenang, di meja minum petang jam 4. Tak kira di mana anda berada — di kampung, pinggir bandar, atau di tengah-tengah Kuala Lumpur — kalau teringin kuih, besar kemungkinan ada gerai atau kedai berhampiran yang menanti.

    Jadi, sama ada anda sedang berehat seketika dari menjawab emel, bersantai bersama insan tersayang, atau memanjakan diri sendiri selepas menjelajah kota, berikut adalah tiga lokasi yang menyajikan kuih seakan-akan surat cinta kecil — diwarisi turun-temurun, dan dikongsi dari tangan penjual ke hati pelanggan.
    Putu Bambu @Pasar Seni
    Perasaan yang cukup memuaskan, apabila melihat kuih ini terhidang cantik di depan mata— wap naik dari acuan buluh, dan bunyi perlahan ‘tok-tok’ ketika setiap silinder diketuk keluar ke atas daun pisang. Di gerai kecil Putu Bambu ini, betul-betul terletak di luar Pasar Seni, magis lama itu masih hidup sehingga ke hari ini.

    Sudah beroperasi lebih 16 tahun, gerai yang diusahakan oleh sebuah keluarga ini telah menyempurnakan resipi mereka: campuran tepung ubi, tepung beras, kelapa, gula Melaka dan pewarna serta perisa pandan asli. Hasilnya? Kuih hijau kukus yang lembut, ditabur kelapa parut segar — ringan, gebu, manis halus dengan rasa lemak masin dan tekstur kelapa yang menggoda.
    Saiful, lelaki di sebalik kaunter, sudah bekerja di sini selama lima tahun. Katanya, dia terus bertahan bukan hanya kerana kuih – tetapi kerana orang sekeliling. “Satu pasukan ni macam keluarga,” katanya sambil tersenyum. “Nak cuti pun tak payah isi borang macam-macam.”

    Gerai ini menarik pelbagai pelanggan — dari pelanggan tempatan yang tetap sehinggalah pelancong yang lalu-lalang. Bagi yang sudah biasa, inilah kudapan wajib antara waktu makan tengah hari dan makan malam. Bagi yang baru pula, selalunya inilah suapan pertama mereka terhadap keunikan rasa Malaysia — bersahaja dan menyenangkan.
    Secawan @Pasar Besar

    Anda akan jumpa Secawan, yang terletak dalam Pasar Seni, di sebelah Pasar Besar – sebuah konsep kedai runcit bercampur pasar artisan, di mana tradisi dan trend bertemu. Baru sahaja beroperasi selama dua tahun, kafe kecil ini sudah mula mencipta nama kerana kedainya yang memiliki kuih yang setara dengan kecantikan hiasan.

    Walaupun nasi lemak mereka cukup digemari, tumpuan sebenar di sini ialah kuih-muihnya — Dengan air tangan mereka yang telah diolah dengan penuh teliti. Antara yang paling laris termasuk seri muka yang lembut berkrim, kuih tai tai berwarna biru lembut, dan lepat pisang harum berintikan pisang yang ranum. Resipi berasaskan warisan lama, namun disesuaikan agar rasa dan teksturnya kekal konsisten dan seimbang.

    Ainul, seorang staf muda yang baru dipindahkan dari kaunter pembayaran ke bahagian kafe, kelihatan berseri-seri apabila bercakap tentang kuih. “Pelancong selalunya teruja tengok warna kuih – mereka ingat semua tu pewarna tiruan,” katanya sambil ketawa. “Tapi kami guna pewarna semula jadi saja, dari bunga telang sehingga ke pandan.”

    Walaupun suasana di sini moden dan kontemporari, mereka tetap memberikan layanan mesra di sebalik kaunter. Setiap kuih disediakan segar pada waktu pagi dan selalunya habis terjual menjelang petang — bukti permintaan yang semakin meningkat terhadap kuih tempatan yang bukan sahaja penuh nostalgia, tetapi juga “Instagram-able”. Ruang makannya ringkas namun selesa, dengan gabungan motif jubin tradisional dan rekaan industri moden — sesuai untuk singgah berehat sebentar sambil menjenguk kedai-kedai di Pasar Seni.

    Nyonya Colours @NU Sentral

    Nyonya Colours, NU Sentral, segalanya tampak kemas dan teratur — daripada layanan, susun atur sehinggalah ke kuih-muihnya. Namun di sebalik semua itu, kemesraan dan ketulusan mereka membuatkan kita terasa dekat. Rangkaian kedai yang sudah lama bertapak ini telah berjaya menambat hati ramai rakyat Malaysia, menyajikan kuih yang bukan sahaja sedap, tetapi juga boleh dipercayai dari segi kualiti dan rasa.

    Cawangan di NU Sentral telah beroperasi selama lebih 12 tahun, dan Dwi pula, seorang penyelia kedai yang lembut tutur katanya, telah bersama mereka selama sembilan tahun. “Dah lama sebenarnya,” katanya, “tapi rasa macam bukan kerja. Kawan sekerja — malah pelanggan tetap — semua dah macam keluarga.”

    Walaupun ada yang mungkin menganggap rangkaian seperti ini terlalu komersial, Nyonya Colours mengambil serius soal kualiti. Kuih mereka dihasilkan dalam dapur pusat di Damansara, menggunakan resipi serantau dari seluruh Nusantara — merangkumi Malaysia, Singapura, hingga ke selatan Thailand. Setiap cawangan menerima penghantaran segar tiga kali sehari (8 pagi, 10 pagi, 3 petang), memastikan kuih yang anda nikmati pada waktu minum petang sentiasa segar.

    Berbeza dengan sesetengah gerai di mana tekstur atau tahap kemanisan kuih tidak konsisten antara satu loyang dengan loyang yang lain, Nyonya Colours menawarkan konsistensi itu. Sama ada anda teringin kuih bingka yang kenyal, kuih lapis yang berkilat, atau cucur udang yang rangup — semuanya ada di sini, persis seperti yang anda ingat.

    Kuih bukan hanya sekadar pencuci mulut — ia adalah ringkasan budaya. Setiap satunya menyimpan kenangan, ketelitian dan identiti dalam saiz kecil. Sama ada dikukus dalam buluh di tepi jalan, dihidang di kafe moden, atau disusun kemas di kedai berantai — kuih kekal sebagai satu nikmat harian. Sesuatu untuk dikongsi, sesuatu untuk dirindui, dan sesuatu yang mengingatkan kita bahawa dalam hiruk-pikuk kota, masih ada ruang untuk kita berhenti sejenak.

    Jadi, jika anda berada di tengah-tengah Kuala Lumpur dan terasa ingin sesuatu yang manis namun menenangkan — lupakan kek cawan. Pilihlah kuih-muih sebagai penggantinya.

Discover more stories

Warisan KL is an initiative aimed at revitalising the heart of Kuala Lumpur into a vibrant and creative hub. It involves a series of events, programmes, and projects that celebrate the city's rich history and culture while fostering innovation and creativity.
© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2