• Memorials for Malaysia’s Heroes

    ZAIDI AZMI | 18 August 2025

    Welcome to Sri Taman: The stately entrance to the home of Malaysia’s second Prime Minister, Tun Abdul Razak. – Photos: ZAIDI AZMI
    IN the heart of downtown Kuala Lumpur stand four memorials dedicated to the men who helped shape our nation – each holding a chapter of Malaysia’s journey to independence. Step inside, and these are more than bricks and mortar; they are living archives where photographs speak, artefacts whisper, and ideals linger in the quiet air that preserves our rich history.

    This Aug 31, as we celebrate Hari Kebangsaan, why not explore these storied halls? You’ll discover that Malaysia was built not by one voice alone, but by many – united in vision, courage and love for the country. Whether you’re visiting for the first time or returning as a local, these memorials remind us that our nation’s heartbeat echoes through history.
    Built in the late 1800s for British governors, this colonial mansion became Tunku Abdul Rahman’s home in 1956.
    Tunku Abdul Rahman Putra Memorial
    Where: Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur
    When: Open daily from 9am–5pm (Closed Mondays & Friday afternoons)
    Perched on a hill at Jalan Dato’ Onn, this colonial mansion witnessed history unfold. It saw the Union Jack lowered, the Jalur Gemilang rise, and the word Merdeka sweep through the air like a prayer answered.

    Today, the Tunku Abdul Rahman Putra Memorial is a museum in the city commemorating the life and achievements of Malaysia’s first Prime Minister, known as Bapa Kemerdekaan or Father of Independence, who served from 1957 until 1970.

    For Tunku, the Residency was love at first sight. Built in the late 1800s for British governors, it became Tunku Abdul Rahman’s home in 1956 – a year before independence – symbolising the passing of the torch.

    Life here was unhurried yet full. Mornings began with a walk to the nearby Prime Minister’s Department; afternoons ended with guests in the television room, dignitaries in the Cairo Room (named after the chairs here which were bought in Cairo!), and the aroma of Tunku’s own perfected curries in the kitchen.

    Today, visitors can wander through these rooms, step down to the reconstructed Prime Minister’s Department, and see Tunku’s original desk, chair and treasures. The proximity of house and office tells its own story – one anchored in family, the other in nation-building.
    Memorial Tun Abdul Razak
    Where? Perdana Botanical Garden, Jalan Cenderawasih, Kuala Lumpur. Open daily from 9am–5pm (Closed Mondays & Friday afternoons)

    Along a quiet stretch of Jalan Perdana, two houses sit side by side. Sri Taman was the home of Malaysia’s second Prime Minister, a warm sanctuary where the world could wait until morning. Just steps away, Sri Aman – once the Inspector General of Police’s residence – now houses milestones of the former Prime Minister’s legacy.

    Nestled within the lush greenery of Perdana Botanical Gardens, the memorial is a pause from the city’s busy rhythm. Sri Taman’s Californian-style home – with sunlit balconies, wide windows and a courtyard garden – offers a glimpse of Tun Razak’s vision: a leader whose concern stretched from cities to villages, fields and the people who worked them. Sri Aman presents key moments, from international diplomacy to the creation of the Red Book and Green Book, as well as a replica of the first Felda homes, modest yet brimming with possibility.

    Tun Razak built not just from grand halls, but brick by brick, field by field. Opened in 1982, the memorial honours Malaysia’s Bapa Pembangunan, or Father of Development, a leader who understood that independence is kept alive every time opportunity reaches new ground.

    At the Helm: A faithful recreation of Tun Hussein Onn’s desk, preserved as if the nation’s leader has just stepped out.
    Memorial Tun Hussein Onn
    Where? Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Open daily from 9am–5pm (Closed Mondays & Friday afternoons).

    The Tun Hussein Onn Memorial, inaugurated in 2006, honours Malaysia’s third Prime Minister, fondly known as Bapa Perpaduan or Father of Unity. Its 60,500-sq-ft building is eco-friendly, the first Green Building Index-certified memorial for the Prime Minister’s Department.

    Exhibits span three levels: the Integration Complex on Level 3, his family tree on Level 2, and contributions to the nation on Level 1. Muted tones, simple lines and thoughtful spacing invite contemplation rather than spectacle. The most intimate corner is a recreation of Tun Hussein Onn’s office, as if he just stepped out. From its green architecture to curated exhibits, the memorial speaks of quiet service and enduring values.
    Memorial Negarawan
    Where? Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Openg daily from 9am–5pm (Closed Mondays & Friday afternoons).

    Step into Memorial Negarawan, and the air shifts. Once the Prime Minister’s office, the building now honours seven visionary statesmen: Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan, Tun Datu Mustapha, Tun Mohammad Fuad Stephens, Tun Temenggung Jugah, and Tun Dr. Lim Chong Eu. Their work – from negotiation and treaties to schools, bridges, and the unification of Sabah and Sarawak – reminds us that nation-building is both political and tangible.

    Spread over three levels, the memorial guides visitors through seven galleries, each dedicated to one statesman. Original spaces, including the old Cabinet meeting room, anchor the exhibition, lending intimacy and authenticity. Here, the stories of Malaysia’s leaders stand shoulder to shoulder, showing that our nation was shaped by collaboration, courage and foresight.
    For those unable to make the trip to Kuala Lumpur, the National Archives of Malaysia offers eNegarawan (enegarawan.arkib.gov.my), a 360° virtual tour portal which was launched in 2021. From anywhere, at any time, explore these memorials – and more – on your smart device, and step into Malaysia’s story from afar.
  • Tempat Memperingati Wira-Wira Malaysia

    ZAIDI AZMI | 18 Ogos 2025

    Selamat datang ke Sri Taman: Pintu masuk megah ke kediaman Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak. – Foto: ZAIDI AZMI

    DI tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur berdirinya empat tugu peringatan yang didedikasikan buat tokoh-tokoh yang telah membantu membentuk negara kita, yang mana setiap satunya menyimpan kisah perjalanan Malaysia menuju kemerdekaan. Apabila melangkah masuk ke dalam tempat ini, anda akan dapati bahawa ini bukan sekadar binaan batu dan simen, ia adalah arkib hidup di mana gambar-gambar berbicara, artifak berbisik, dan cita-cita terus hidup dalam suasana tenang yang memelihara warisan sejarah kita.

    Pada Ogos 31, sempena sambutan Hari Kebangsaan ini, cuba luangkan masa untuk menerokai ruang-ruang bersejarah ini. Anda akan menyedari bahawa Malaysia tidak dibina oleh satu suara sahaja, tetapi oleh gabungan banyak pihak, yang bersatu dalam visi, keberanian dan cinta kepada tanah air. Sama ada anda berkunjung buat kali pertama atau kembali sebagai anak tempatan, tugu-tugu peringatan ini mengingatkan kita bahawa degupan jantung negara terus bergema melalui lipatan sejarah.
    Dibina pada akhir 1800-an untuk Gabenor British, rumah kolonial ini kemudian menjadi rumah Tunku Abdul Rahman pada tahun 1956.
    Memorial Tunku Abdul Rahman Putra
    Lokasi: Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
    Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang (Tutup pada hari Isnin & tengahari Jumaat)
    Terletak di atas bukit di Jalan Dato’ Onn, banglo kolonial ini menjadi saksi kepada detik-detik bersejarah negara. Di sinilah Union Jack diturunkan, Jalur Gemilang dikibarkan, dan laungan "Merdeka" bergema di udara seperti doa yang dimakbulkan.

    Hari ini, Memorial Tunku Abdul Rahman Putra merupakan sebuah muzium di tengah kota yang memperingati kehidupan dan pencapaian Perdana Menteri pertama Malaysia yang juga dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan, yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1970.

    Bagi Tunku, kediaman ini adalah cinta pandang pertama. Dibina pada akhir 1800-an untuk pegawai British, kediaman ini menjadi rumah Tunku pada tahun 1956, setahun sebelum kemerdekaan. Ia juga melambangkan penyerahan amanah kepimpinan negara.

    Kehidupan di sini tenang tetapi bermakna. Pagi dimulakan dengan berjalan kaki ke Jabatan Perdana Menteri yang terletak berhampiran, petang pula diisi dengan tetamu di bilik televisyen, kenamaan di Bilik Kaherah (dinamakan sempena kerusi-kerusi yang dibeli dari Kaherah!), dan aroma kari istimewa resipi Tunku yang memenuhi dapur.

    Kini, pengunjung boleh menjelajah ruang-ruang ini, menuruni tangga ke Jabatan Perdana Menteri yang telah dibina semula, dan melihat meja asal, kerusi serta khazanah peribadi Tunku. Jarak yang dekat antara rumah dan pejabat ini menceritakan kisah tersendiri. Satu kisahnya berpaksikan keluarga, dan satu lagi dalam usaha membina negara.
    Memorial Tun Abdul Razak
    Lokasi: Taman Botani Perdana, Jalan Cenderawasih, Kuala Lumpur.
    Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang (Tutup pada hari Isnin & tengahari Jumaat)

    Di sepanjang lorong tenang Jalan Perdana, terletaknya dua buah rumah bersebelahan. Sri Taman merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri kedua Malaysia. Sebuah kawasan yang tenang, tak jemu untuk tatap sehingga pagi. Beberapa langkah sahaja dari situ, terletaknya Sri Aman, dahulunya kediaman Ketua Polis Negara – kini menempatkan pelbagai pencapaian penting dalam legasi bekas Perdana Menteri itu.

    Terletak di tengah kehijauan Taman Botani Perdana, memorial ini menawarkan kawasan rehat daripada kesibukan kota. Rumah gaya California di Sri Taman, dengan beranda yang disinari cahaya matahari, tingkap yang besar dan taman dalam halaman, memberi gambaran tentang visi Tun Razak, seorang pemimpin yang prihatin bukan sahaja terhadap bandar, tetapi juga desa, sawah dan rakyat yang mengusahakannya. Di Sri Aman pula, pengunjung dapat menyaksikan detik-detik penting daripada diplomasi antarabangsa kepada penciptaan Buku Merah dan Buku Hijau, serta replika rumah Felda pertama, sederhana tetapi sarat dengan harapan.

    Tun Razak telah membina bukan hanya dari dewan-dewan besar, tetapi batu demi batu, ladang demi ladang. Dibuka pada tahun 1982, memorial ini menghormati Bapa Pembangunan negara – seorang pemimpin yang memahami bahawa kemerdekaan terus hidup selagi peluang sampai ke setiap pelosok tanah air.

    Di Tampuk Kepimpinan: Satu rekreasi setia meja Tun Hussein Onn, dipelihara seolah-olah pemimpin negara itu baru sahaja melangkah keluar.
    Memorial Tun Hussein Onn
    Lokasi: Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
    Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang (Tutup pada hari Isnin & tengahari Jumaat).

    Memorial Tun Hussein Onn, yang dirasmikan pada tahun 2006, didedikasikan kepada Perdana Menteri ketiga Malaysia, yang dikenali dengan penuh kasih sebagai Bapa Perpaduan. Bangunan seluas 60,500 kaki persegi ini mesra alam dan merupakan memorial pertama di bawah Jabatan Perdana Menteri yang menerima pensijilan Green Building Index.

    Pameran di memorial ini merangkumi tiga tingkat: Kompleks Integrasi di Tingkat 3, salasilah keluarga beliau di Tingkat 2, dan sumbangan beliau kepada negara di Tingkat 1. Rona warna yang tenang, garis reka bentuk yang ringkas dan susun atur yang teliti mengundang renungan, bukan sekadar tontonan. Ruang paling peribadi adalah rekreasi pejabat Tun Hussein Onn – seolah-olah beliau baru sahaja melangkah keluar.

    Daripada senibina hijaunya hinggalah kepada pameran yang dikurasi dengan teliti, memorial ini mencerminkan nilai-nilai khidmat yang senyap tetapi bererti, serta prinsip yang kekal abadi.
    Memorial Negarawan
    Lokasi: Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
    Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang (Tutup pada hari Isnin & petang Jumaat).

    Melangkah masuk ke Memorial Negarawan, suasananya serta-merta berubah. Dahulunya merupakan pejabat Perdana Menteri, bangunan ini kini menghargai jasa tujuh negarawan berwawasan: Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan, Tun Datu Mustapha, Tun Mohammad Fuad Stephens, Tun Temenggung Jugah, dan Tun Dr. Lim Chong Eu. Usaha mereka – daripada rundingan dan perjanjian kepada pembinaan sekolah, jambatan, dan penyatuan Sabah serta Sarawak – mengingatkan kita bahawa pembinaan negara bukan sahaja bersifat politik, tetapi juga nyata dan menyentuh kehidupan seharian.

    Memorial ini merangkumi tiga tingkat, dengan tujuh galeri khas yang didedikasikan kepada setiap tokoh. Ruang asal seperti bilik mesyuarat Kabinet lama dikekalkan, memberi sentuhan peribadi dan keaslian kepada pameran. Di sinilah kisah para pemimpin negara berdiri seiringan, memperlihatkan bahawa Malaysia dibentuk melalui kerjasama, keberanian dan pandangan jauh ke hadapan.
    Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke Kuala Lumpur, Arkib Negara Malaysia menawarkan eNegarawan (enegarawan.arkib.gov.my), sebuah portal lawatan maya 360° yang telah dilancarkan pada tahun 2021. Dari mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, anda boleh meneroka memorial-memorial ini – dan banyak lagi – melalui peranti pintar anda, dan menyelami kisah Malaysia dari kejauhan.

Discover more stories

Warisan KL is an initiative aimed at revitalising the heart of Kuala Lumpur into a vibrant and creative hub. It involves a series of events, programmes, and projects that celebrate the city's rich history and culture while fostering innovation and creativity.
© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2