• Old school cool

    Jacqueline Pereira | 5 June 2025

    Kedai Gunting Rambut Ananda in Chow Kit, established in 1964, remains largely unchanged, a deliberate choice to preserve its iconic status. – Photos: Jacqueline Pereira
    IN the quiet hum of the old barbershops, time melts into memory. Decades-old Takara chairs remain welcoming. Various sizes of blades, scissors and combs sit in neat rows, along with pots of gel and cans of hairspray. Scents of talcum and sandalwood linger, as do the commemoration of founders, famous customers and deities framed in photos lining the walls. A world unto itself, steadfast through shifting times.

    The few remaining old barbershops in central KL have their roots in the city’s transformation from muddy mining town to bustling trade centre. Almost a century ago, these utilitarian shops catered to the labouring class: Tamil railway workers, Chinese miners and Malay traders. Many of the early barbers came from South India and Sri Lanka, offering more than haircuts to those who literally built this city.

    It was also where the men gathered to exchange news, relax and seek comfort in familiar rituals. The barbers doubled as confidants, masseurs and even matchmakers. In modest rooms or roadside stalls, they built trust, community and connection, becoming fixtures in KL’s living history and silent witnesses to its evolving cityscape.
    Styles and services offered at Kedai Gunting Rambut Ananda.
    Akilan Ananda Krishnan, 55, carries on his father’s legacy at Kedai Gunting Rambut Ananda in Chow Kit, while also managing three other barbershops in Kuala Lumpur and Petaling Jaya.

    Established in 1964, the original shop is largely unchanged, a deliberate choice to preserve its iconic status. “I started helping my father at 19, after earning my London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) certificate,” says Akilan. “It’s my passion.” The shop has seen its share of notable clients, including the late judge Datuk Seri Gopal Sri Ram and politician Dato Seri Seenivasagam, alongside generations of loyal patrons.

    Though Akilan is trained in modern unisex hairstyling, he firmly believes in preserving the traditional barbershop model. “It still works, it still matters, and it’s proven to last,” he says. The haircuts are fast, familiar and grounded in trust. When clients sit down, he instinctively knows what they want, especially the regulars. “We don’t talk about jobs or titles. Just the now,” he adds. With his son now handling the business and scientific side of hair, Akilan ensures the tradition continues, with straight razors, confident hands, and the calming ritual of an oil massage.
    Standing witness to almost 90 years of urban history, Salun Gaya Rambut Stylo on Jalan Tun Tan Cheng Lock is arguably Malaysia’s oldest barbershop.
    Salun Gaya Rambut Stylo on Jalan Tun Tan Cheng Lock holds the distinction of being Malaysia’s oldest barbershop. Now run by third-generation barber M. Mathenan, who oversees several other shops across the city. The business was founded by his grandfather, PA Thangayeh who, at 20, left Madras (now Chennai) for training in Colombo before arriving in Malaysia in 1931. He opened his first shop in 1937 with classic cuts beginning at only 30 sen!

    Today, still only four barber chairs occupy the tiny space, a 10-by-15 shop lot, frequented by regulars ranging from students to soldiers, as well as tourists stopping by for a trim with history. Standing witness to almost 90 years of urban history, the iconic barbershop has seen just outside its front doors British rule, Japanese invasion and World War II, as well as the country's Independence.
    Tools of the trade at Stylo.
    At 69, Manonmani K. Muthusamy has spent more than four decades wielding the tools of his trade. But the story of The Royal Hairdressing Saloon on Leboh Ampang begins well before his time. Founded nearly 80 years ago by his father, who arrived from India at age 17, the barbershop once stood across from Masjid Jamek, its barbers clad in crisp white uniforms, grooming the city’s colonial elites and bustling Indian migrant workers alike. Now operating out of Petaling Jaya, the shop’s original Takara chairs from Japan are still in use, a nod to a bygone era where craftsmanship reigned. On any given morning, the chairs fill with customers young and old, including the likes of veteran politician Lim Kit Siang, sharing stories of life and cautious political banter.

    Jeffrey Solomon, 36, only trusts old-style barbers to manage his hair. "They cut it exactly how I like it, even though I have tried out other more modern salons. These barbershops have seen a rise in status recently with youngsters on Tik Tok, displaying their novel experiences. A cheap and quick trim, with an eyebrow-raising swift, practiced twist, signature neck crack for a young boy. One girl gushingly posted about receiving her vigorous papaya-cream face massage and robust back massage!

    Even as modern salons and trends evolve, these barbershops pay quiet testament to the passage of time, shaped by migration, urban change and personal histories. Though modest spaces, they offer affordability, camaraderie and continuity, their legacies living on in razor shaves, oil massages and precise partings.

    Most of all, the stories shared in these tiny, trusted spaces linger, passed on from one generation to the next. Visiting these barbershops offers a unique opportunity to experience Kuala Lumpur’s living history, where each haircut is a blend of tradition, culture and community spirit.
    Catered to the colonial elites and migrant workers almost 80 years ago, barber shops offer a unique opportunity to experience Kuala Lumpur’s living history.
  • Klasik bergaya

    Jacqueline Pereira | 5 Jun 2025

    Kedai Gunting Rambut Ananda di Chow Kit yang ditubuhkan pada tahun 1964, masih seperti dulu dan tidak banyak berubah, mereka memilih untuk mengekalkan status ikoniknya. – Foto: Jacqueline Pereira
    DALAM ketenangan sebuah kedai gunting lama, waktu seolah-olah tergelam dalam kenangan. Kerusi Takara berusia puluhan tahun masih setia menyambut pelanggan. Pelbagai saiz pisau, gunting dan sikat tersusun rapi, bersama bekas gel dan tin penyembur rambut. Bau talkum dan cendana masih melekat, begitu juga dengan penghormatan kepada pengasas, pelanggan terkenal dan dewa-dewi yang tergambar dalam foto-foto di dinding. Seperti sebuah dunia yang tersendiri, teguh di tengah perubahan zaman.

    Beberapa kedai gunting lama yang masih tinggal di pusat KL seperti akar dalam transformasi bandar ini, daripada sebuah pekan perlombongan berlumpur kepada pusat perdagangan yang sibuk. Hampir satu abad yang lalu, kedai gunting yang ringkas ini memberi khidmat kepada golongan pekerja: buruh Tamil di landasan kereta api, pelombong Cina dan peniaga Melayu. Ramai tukang gunting awal datang dari India Selatan dan Sri Lanka, menawarkan lebih daripada hanya sekadar potongan rambut kepada mereka yang telah membina kota ini.

    Ia juga menjadi tempat di mana kaum lelaki berkumpul untuk bertukar berita, berehat dan mencari keselesaan dalam ritual yang sudah biasa. Tukang gunting turut berperanan sebagai pendengar setia, tukang urut dan kadang-kadang pencari jodoh. Di bilik kecil atau gerai tepi jalan, mereka membina kepercayaan, komuniti dan hubungan – menjadi sebahagian daripada sejarah hidup KL dan dalam diam saksi kepada perubahan wajah bandar ini.
    Gaya dan perkhidmatan yang ditawarkan di Kedai Gunting Rambut Ananda.
    Akilan Ananda Krishnan, 55, meneruskan legasi ayahnya, Kedai Gunting Rambut Ananda di Chow Kit, sambil menguruskan tiga lagi kedai gunting rambut di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

    Ditubuhkan pada tahun 1964, kedai ini masih mengekalkan bentuk asalnya - mereka sengaja memilih untuk mengekalkan rupanya yang ikonik. “Saya mula membantu ayah saya di usia 19 tahun, selepas memperoleh sijil London Chamber of Commerce and Industry (LCCI),” kata Akilan. “Ini adalah minat saya.” Kedai ini telah menerima ramai pelanggan ternama, termasuk mendiang hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram dan ahli politik Dato Seri DR Seenivasagam, serta generasi pelanggan yang setia.

    Walaupun Akilan terlatih dalam gaya rambut uniseks moden, beliau tetap teguh dengan model kedai gunting tradisional. “Ia masih relevan, masih diperlukan, dan terbukti mampu bertahan,” katanya. Gaya potongan rambut yang ditawarkan adalah pantas, biasa dan berasaskan kepercayaan. Apabila pelanggan duduk, secara nalurinya dia sudah tahu apa yang mereka mahukan – terutamanya pelanggan tetap. “Kami tidak berbicara tentang kerja atau gelaran. Hanya tentang masa kini,” tambahnya. Dengan anak lelakinya kini menguruskan aspek perniagaan dan sains rambut, Akilan memastikan tradisi diteruskan – dengan pisau cukur lurus, tangan yang yakin, dan ritual menenangkan melalui urutan minyak.
    Hampir 90 tahun menjadi saksi buat sejarah moden, Salun Gaya Rambut Stylo di Jalan Tun Tan Cheng Lock boleh dikatakan kedai gunting rambut tertua di Malaysia.
    Salun Gaya Rambut Stylo di Jalan Tun Tan Cheng Lock memegang gelaran sebagai kedai gunting rambut tertua di Malaysia. Kini diurus oleh tukang gunting generasi ketiga, M. Mathenan, yang turut mengendalikan beberapa cawangan lain di sekitar bandar ini. Perniagaan ini diasaskan oleh datuknya, PA Thangayeh, yang pada usia 20 tahun meninggalkan Madras (kini Chennai) untuk menjalani latihan di Colombo sebelum tiba di Malaysia pada tahun 1931. Beliau membuka kedai pertamanya pada tahun 1937 dengan potongan rambut klasik bermula pada hanya 30 sen!

    Hari ini, ruang kedai yang kecil berukuran 10 kaki x 15 kaki itu masih menempatkan empat kerusi gunting, dan terus dikunjungi pelanggan tetap – daripada pelajar kepada tentera, serta pelancong yang singgah untuk potongan rambut. Menjadi saksi hampir 90 tahun sejarah bandar, kedai ikonik ini telah melihat dari pintunya sendiri era penjajahan British, pencerobohan Jepun dan Perang Dunia Kedua, sehinggalah kemerdekaan negara.
    Peralatan kerja di Stylo.
    Pada usia 69 tahun, Manonmani K. Muthusamy telah menghabiskan lebih empat dekad menggunakan alatan kemahirannya. Namun, kisah The Royal Hairdressing Saloon di Leboh Ampang bermula jauh lebih awal daripada itu. Ditubuhkan hampir 80 tahun lalu oleh ayahnya, yang tiba dari India pada usia 17 tahun, kedai ini dahulunya terletak berhadapan dengan Masjid Jamek, yang mana semua tukang guntingnya berpakaian seragam putih bersih – melayan golongan elit kolonial dan pekerja migran India yang sibuk. Kini beroperasi di Petaling Jaya, kerusi Takara yang berasal dari Jepun masih lagi digunakan – sebagai penghormatan kepada zaman di mana mutu kerja amat dihargai. Pada setiap pagi, kerusi-kerusi itu dipenuhi pelanggan muda dan tua, termasuklah tokoh veteran politik seperti Lim Kit Siang, sambil berkongsi kisah hidup dan berbual santai tentang politik dengan nada berhati-hati.

    Jeffrey Solomon, 36 tahun, hanya mempercayai tukang gunting gaya lama untuk menguruskan rambutnya. “Mereka potong rambut saya dengan tepat seperti yang saya suka, walaupun saya pernah cuba kedai gunting rambut moden,” katanya. Kedai gunting tradisional ini semakin mendapat perhatian, terutamanya dalam kalangan anak muda di TikTok yang berkongsi pengalaman unik mereka. Potongan rambut yang cepat dan murah, dengan gerakan tangan yang pantas dan mahir, diakhiri dengan “crack” leher yang mengejutkan bagi seorang remaja lelaki. Seorang gadis pula berkongsi dengan teruja tentang urutan muka papaya-krim yang bertenaga dan urutan belakang yang mantap yang diterimanya.

    Meskipun salun moden dan trend terkini terus berkembang, kedai gunting tradisional ini kekal sebagai bukti kepada perjalanan masa – dibentuk oleh migrasi, perubahan bandar dan kisah peribadi. Walaupun ruangnya sederhana, ia menawarkan harga berpatutan, semangat kekitaan dan kesinambungan. Legasi mereka terus hidup melalui cukuran pisau lurus, urutan minyak dan belahan rambut yang kemas.

    Namun apa yang paling penting adalah kisah-kisah yang telah dikongsikan di ruang kecil yang mereka percaya ini, ruang yang telah diturunkan dari generasi ke generasi. Mengunjungi kedai gunting ini memberi peluang istimewa untuk anda alami sejarah hidup Kuala Lumpur, di mana setiap potongan rambut merupakan gabungan tradisi, budaya dan semangat komuniti.
    Melayan golongan elit kolonial dan pekerja migran sejak hampir 80 tahun yang lalu, kedai gunting rambut menawarkan peluang unik untuk merasai sejarah hidup Kuala Lumpur.

Discover more stories

Warisan KL is an initiative aimed at revitalising the heart of Kuala Lumpur into a vibrant and creative hub. It involves a series of events, programmes, and projects that celebrate the city's rich history and culture while fostering innovation and creativity.
© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2