• Pedalling Through KL

    ELLFIAN RAHIM | 25 September 2025

    PLANNING your next getaway but can’t quite spare too many days away from Kuala Lumpur? No worries – you don’t have to leave the city to enjoy a spot of adventure. Instead, why not hop on a bicycle and see KL in a whole new light?

    Yes, we know – the city centre can sometimes feel like a maze of traffic jams and crowds. Most people default to walking or public transport, but there’s another option that’s often overlooked: cycling. Not only does it get you places, it also gives you the thrill of discovery at your own pace.

    That’s exactly what Dutch national Mike Janssen realised when he first came to Malaysia.

    “While travelling through Malaysia in 2016, I met the then Minister of Tourism, Arts and Culture, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz,” Janssen recalls. “Two years later, when we met again, he asked if I could share some ideas on how to show KL’s hidden gems by bicycle.”

    Drawing on the famous cycling culture of his homeland, Janssen decided to take the plunge. He gave up his IT business in the Netherlands, moved to KL, and started MikeBikes – a social enterprise that not only runs cycling tours, but also gives back to the community.

    All for one: From left, Arif Aiman Othman (Operations Manager), Janssen and Mohd Hafidz Md Zain (Director).

    “From the start, I wanted the tours to be authentic – with local guides, local businesses, and part of the revenue funding social projects, like food packs for the Klang Ekliptik Children’s Centre,” says Janssen with a smile.

    Along the way, he also helped consult on the city’s now-familiar blue cycling lanes. Today, with the “Cycling Corridor” in place, KL is slowly but surely building up its cycling-friendly credentials.
    MikeBikes first operated out of the Malaysia Tourism Centre (MaTiC) along Jalan Ampang, but has since moved to a cosy base in Kampung Baru, just steps away from the LRT station. The outfit has grown too – now boasting some 20 guides and more than 90 bicycles, including Dutch-made models in a range of sizes. “We even have child seats and smaller bikes for younger riders, so the whole family can join in,” Janssen adds.

    The company runs a variety of themed tours. The Best of Kuala Lumpur Classic and Sunset & Night Tour weave through Chow Kit Market, Sin Sze Si Ya Temple, Bukit Nanas and the Golden Triangle. The Riverside Experience traces the Klang River down to Brickfields, while The Authentic Experience explores the heritage-rich streets of Kampung Baru.

    And for those who believe no adventure is complete without makan time, there’s The Pitstop Foodie Tour. Picture this: pedalling through Lebuh Ampang’s Indian quarter, Chinatown’s bustling lanes, and Kampung Baru’s street food paradise – with plenty of pit stops for snacks along the way. “Don’t makan too much before the ride – you’ll want to save some space in your tummy!” Janssen chuckles.
     
    Since its launch, MikeBikes has become one of KL’s top-rated outdoor activities, earning multiple TripAdvisor Travellers’ Choice Awards. And with expansion plans in Langkawi ahead of Visit Malaysia 2026, the wheels are still turning.
     
    Janssen sums up nicely: “On a bike, you have the opportunity to really explore the hidden gems of Kuala Lumpur in a novel way. Life slows down. You feel the sun as you soak in the surroundings. Your senses record the environment around you, and you come to a truer understanding of what being in a new place is all about.”

    Celebrities Cycle Too: The One When Edwin van der Saar came to town…

    MikeBikes
    Where: 46, Lorong Raja Muda Musa 4, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
    Contact: +60 17 673 7322 (Voorkeur)

  • Mengayuh Menelusuri KL

    ELLFIAN RAHIM | 25 September 2025

    JIKA anda sedang merancang percutian, tetapi tak cukup panjang untuk keluar dari Kuala Lumpur? Jangan risau, anda tak perlu keluar dari kota untuk menikmati pengembaraan. Apa kata anda naik basikal dan lihat KL dari perspektif yang berbeza?

    Ya, kami faham, pusat bandar raya sering terasa seperti labirin dengan kesesakan lalu lintas dan juga orang ramai. Ramai yang memilih untuk berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam, tetapi terdapat satu lagi alternatif yang kita sering terlepas pandang: berbasikal. Ia bukan sahaja memudahkan anda ke destinasi, malah memberikan rasa keterujaan meneroka dengan rentak anda sendiri.

    Inilah yang disedari oleh warga Belanda, Mike Janssen, ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia.

    “Sewaktu mengembara di Malaysia pada tahun 2016, saya bertemu dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ketika itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz,” kenang Janssen. “Dua tahun kemudian, apabila kami bertemu semula, beliau bertanya sama ada saya boleh berkongsi idea tentang cara memperkenalkan permata tersembunyi KL melalui basikal.”

    Bersandarkan budaya berbasikal yang terkenal di negaranya, Janssen membuat keputusan berani, dia meninggalkan perniagaan IT di Belanda, memilih untuk berpindah ke Kuala Lumpur, dan menubuhkan MikeBikes – sebuah perusahaan sosial yang bukan sahaja menjalankan lawatan berbasikal, malah turut menyumbang semula kepada komuniti.

    Bersatu teguh: Dari kiri, Arif Aiman Othman (Pengurus Operasi), Janssen dan Mohd Hafidz Md Zain (Pengarah).

    “Sejak mula penubuhan, saya mahu lawatan ini benar-benar autentik – dengan pemandu pelancong tempatan, perniagaan tempatan, dan sebahagian daripada hasilnya disalurkan kepada projek sosial seperti memberi bungkusan makanan untuk Pusat Kanak-Kanak Klang Ekliptik,” kata Janssen sambil tersenyum.

    Sepanjang perjalanan, dia juga turut memberi khidmat nasihat untuk lorong berbasikal biru yang kini sudah menjadi pemandangan biasa di kota ini. Hari ini, dengan kewujudan “Koridor Berbasikal”, KL perlahan-lahan tetapi pasti sedang membina reputasinya sebagai bandar yang mesra basikal.
    MikeBikes pada mulanya beroperasi dari Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sepanjang Jalan Ampang, tetapi kini telah berpindah ke lokasi yang lebih selesa di Kampung Baru, hanya beberapa langkah dari stesen LRT. Operasinya juga telah berkembang, dengan lebih 20 orang pemandu pelancong serta memiliki lebih daripada 90 buah basikal, termasuk model buatan Belanda dalam pelbagai saiz. “Kami juga ada tempat duduk kanak-kanak dan basikal kecil untuk penunggang muda, jadi seluruh keluarga boleh turut serta,” tambah Janssen.

    Syarikat ini menawarkan pelbagai lawatan bertema yang menarik. Antaranya, The Best of Kuala Lumpur Classic dan Sunset & Night Tour membawa peserta menyusuri Pasar Chow Kit, Kuil Sin Sze Si Ya, Bukit Nanas dan kawasan Segitiga Emas. The Riverside Experience pula mengikuti aliran Sungai Klang hingga ke Brickfields, manakala The Authentic Experience meneroka lorong-lorong warisan di Kampung Baru.

    Bagi mereka yang percaya bahawa tiada pengembaraan yang lengkap tanpa waktu makan, mereka juga menyediakan Pitstop Foodie Tour. Bayangkan anda mengayuh melalui kawasan India di Lebuh Ampang, lorong-lorong sibuk di Chinatown, dan syurga makanan jalanan di Kampung Baru, tidak dilupakan beberapa hentian untuk anda menikmati snek sepanjang perjalanan. “Jangan makan terlalu banyak sebelum kayuh – nanti tak cukup ruang dalam perut!” usik Janssen sambil ketawa.

    Sejak dilancarkan, MikeBikes merupakan salah satu aktiviti luar yang paling mendapat sambutan di KL, dan telah meraih pelbagai anugerah TripAdvisor Travellers’ Choice. Dengan sambutan yang menggalakkan ini, mereka merancang untuk terus berkembang ke Langkawi menjelang tahun melawat Malaysia 2026, roda MikeBikes akan terus berputar.

    Rumusan Janssen cukup indah “Bila menaiki basikal, anda berpeluang untuk benar-benar meneroka permata tersembunyi Kuala Lumpur dengan cara yang berbeza. Kehidupan terasa lebih perlahan. Anda merasai cahaya matahari sambil menyerap suasana sekeliling. Pancaindera anda pula merekodkan persekitaran dengan lebih mendalam, dan dari situ, anda lebih memahami makna sebenar berada di tempat baru.”

    Selebriti Pun Kayuh: Apabila Edwin van der Sar Datang ke KL…

    MikeBikes
    Di mana? 46, Lorong Raja Muda Musa 4, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
    Talian: +6017-673 7322 (Voorkeur)

Discover more stories

© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2