• Time Capsules of the City

    CHIN JIAN WEI | 14 May 2025

    Don’t forget to check out the stunning murals made of Italian glass mosaics on Muzium Negara’s facade created by Datuk Cheong Lai Tong in 1962. Photo: Bahnfrend/Wikimedia Commons
    MARK your calendars – International Museum Day is just around the corner on May 18! Celebrated worldwide and coordinated by the International Council of Museums, this annual event shines a spotlight on the role of museums in our lives. Each year comes with a fresh theme, and in 2025, it’s all about “The Future of Museums in Rapidly Changing Communities.”

    It’s a fitting theme for Kuala Lumpur – a city always in flux, shaped by the rhythms of migration, trade, and cultural fusion. From the old shophouses of Jalan Tun H.S. Lee to the skyscrapers of KLCC, the city reflects a constant negotiation between past and present. As we adapt to global trends and modern demands, it’s crucial not to lose sight of our roots. Museums like the National Museum, Islamic Arts Museum and National Textile Museum stand as guardians of this heritage, reminding us of where we come from even as we look to the future.

    "In central Kuala Lumpur, museums shape the city's cultural identity by connecting locals to their heritage and educating tourists about Malaysia's diversity,” says Ni-Tsia Cheong, Senior Manager of Museology, Think City. “For locals, museums reinforce cultural pride and identity through exhibits on history and traditions. For tourists, they offer accessible introductions to Malaysia’s rich cultural tapestry, challenging stereotypes and showcasing the nation's modern identity. These museums play a key role in bridging local pride and global understanding.”

    It’s also interesting to note, she says, that in this age of digital media and shortened attention spans, museums have adapted to stay relevant. "Museums in Kuala Lumpur now have interactive displays, immersive experiences, virtual tours and social media to engage visitors. They focus on short, engaging content and offer digital guides for personalised experiences,” Cheong says. “Many also provide online exhibitions, making collections accessible to a global audience, ensuring they stay relevant in the digital age.”
    National Museum
    What list of museums would be complete without the most famous of Malaysian museums, the National Museum – Muzium Negara? The permanent exhibits here take the visitor through early, prehistoric history, the Malay kingdoms, the colonial era, all the way up to Malaysia today. Within these halls, you can see a replica of Perak Man, the oldest human skeleton in Malaysia, dating back over 10,000 years, or a replica of the Golden Flower which Malay rulers presented to the Siamese Kings centuries ago. To understand our nation, one must understand the past that has shaped its current identity.

    The museum is open daily from 9am to 5pm. Right now, they are also showing temporary exhibits on “The Spirit of ASEAN inclusivity and sustainability”, as well as “Virtuosity of Craftwork: Masterpiece of National Heritage Crafts”. If all this interests you, check out their official website and Instagram.
    Islamic Arts Museum
    The globally acclaimed Islamic Arts Museum stands out as a celebration of Islamic art, not just from Malaysia, but throughout the known world. Here you will find beautiful examples of Islamic craftsmanship, from Chinese Islamic calligraphy, to Persian shamshir blades, to replicas of the most awe-inspiring mosques from around the world. The building itself is also a marvel of Islamic architecture, with the highlight being the ceramic tapestry near the entrance sporting a welcoming verse from the Qu’ran’s sura al-Ankabut.

    Visit the museum from Mondays to Sundays, from 9.30am to 6pm. For International Museum Day, on May 21, they are organising a free event with live performances, DIY events, walkthroughs with gallery curators, and much more! Head to its Instagram or website to learn more.
    Muzium Telekom
    This museum was once used as the office for manual telephone exchange. Nowadays, it serves the public in a different way: it has become a comprehensive archive of the various communications methods the people of our nation have used throughout recent history and how those methods have changed over the years with the development of new technology. Here, you will see collections of retro telephones, televisions and replicas of telephone call centres among many other exhibits.

    The museum is open daily from 9am to 5pm. Give their Instagram page a follow!
    Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery
    Did you know that Bank Negara has its own museum? Economic history meets modern art in this special museum that explores Malaysia’s economic development from before our nation’s independence to the modern day. Highlights include the collection of modern art sitting alongside the numismatics gallery.

    Visit the museum from Tuesday to Sunday, 10am to 5pm; find out more on Instagram or at its website.
    Sin Sze Si Ya Temple
    The oldest Taoist temple in the city, this piece of history was built by Kapitan Yap Ah Loy, for the two deities he believed defended Kuala Lumpur and guided him during the Selangor Civil War from 1870 to 1873. Located along Jalan Tun H.S. Lee, this beautiful temple now houses a museum about the history of the city and temple.

    The Sin Sze Ya Temple museum is open from 10am to 5pm on Wednesdays to Sundays, with a break from 12pm to 1pm. Visit its Facebook to learn more.
    UR-MU
    This contemporary art museum has been making waves for its eclectic collection. Uniquely, it is not just one museum but three branches in Bukit Bintang, Raja Chulan and Tun H.S. Lee. The works are regional, showing visitors the city's and nation's artistic landscape.

    All branches are open from Tuesday to Sunday, from 11am to 7pm. Buy your tickets here.
    Museum of Science Arts & Innovation for Children (MoSAIC)
    MoSAIC is Malaysia’s first museum created for children. This is a space for children to express themselves and even have their artwork displayed. Many activities and workshops are available here for children, such as clay workshops, robotics sessions and portrait painting.

    Check out its Instagram and website to learn more.

    With this list of standout museums, why not spend the day exploring a few and deepening your appreciation for history and art? International Museum Day is the perfect time to do so, with many institutions hosting special events to mark the occasion. Don’t forget to check out WarisanKL’s Instagram for all the latest happenings this weekend!
  • Kapsul Masa Kota

    CHIN JIAN WEI | 14 May 2025

    Jangan lupa melihat mural menakjubkan yang diperbuat daripada mozek kaca Itali di fasad Muzium Negara, hasil karya Datuk Cheong Lai Tong pada tahun 1962. Foto: Bahnfrend/Wikimedia Commons
    Tandakan kalendar anda – Hari Muzium Antarabangsa bakal tiba pada 18 Mei! Disambut di seluruh dunia dan diselaraskan oleh Majlis Muzium Antarabangsa (International Council of Museums), acara tahunan ini mengetengahkan peranan penting muzium dalam kehidupan kita. Setiap tahun hadir dengan tema yang berbeza, dan pada tahun 2025 ini, ia bertemakan “Masa Depan Muzium dalam Komuniti yang Sedang Berubah Pesat.”

    Tema ini sangat sesuai dengan Kuala Lumpur – sebuah bandar yang sentiasa berubah, dibentuk oleh aliran migrasi, perdagangan dan pertembungan budaya. Daripada deretan kedai lama di Jalan Tun H.S. Lee hinggalah ke pencakar langit di KLCC, kota ini mencerminkan perundingan berterusan antara masa lalu dan masa kini. Dalam kita menyesuaikan diri dengan arus global dan tuntutan moden, penting juga untuk kita tidak melupakan di mana akar kita. Muzium seperti Muzium Negara, Muzium Kesenian Islam dan Muzium Tekstil Negara berdiri sebagai penjaga warisan, mengingatkan kita tentang asal-usul kita – walaupun kita terus melangkah ke hadapan.

    “Di tengah-tengah Kuala Lumpur, muzium membentuk identiti budaya bandar ini dengan menghubungkan masyarakat tempatan dengan warisan mereka, serta mendidik pelancong tentang kepelbagaian Malaysia,” kata Ni-Tsia Cheong, Pengurus Kanan Museologi di Think City. “Bagi masyarakat tempatan, muzium mengukuhkan rasa bangga dan identiti budaya melalui pameran tentang sejarah dan tradisi. Bagi pelancong pula, muzium menawarkan pengenalan yang mudah diakses kepada kepelbagaian budaya Malaysia, mencabar stereotaip dan menampilkan identiti moden negara. Muzium-muzium ini memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang antara kebanggaan tempatan dan kefahaman global.”

    Dia turut menambah bahawa menarik juga untuk melihat bagaimana dalam era media digital dan tumpuan yang semakin singkat, muzium telah menyesuaikan diri untuk kekal relevan. “Muzium di Kuala Lumpur kini menawarkan paparan interaktif, pengalaman imersif, lawatan maya dan kandungan media sosial bagi menarik minat pengunjung. Mereka memberi tumpuan kepada kandungan pendek dan menarik, serta menyediakan panduan digital untuk pengalaman yang lebih peribadi,” kata Cheong. “Banyak juga yang menyediakan pameran atas talian, menjadikan koleksi mereka boleh diakses oleh khalayak global – memastikan muzium kekal relevan dalam era digital.”
    Muzium Negara
    Senarai muzium tidak akan lengkap tanpa muzium yang paling terkenal di Malaysia – Muzium Negara. Pameran tetap di sini membawa pengunjung menyusuri sejarah awal prasejarah, kerajaan-kerajaan Melayu, era penjajahan, sehinggalah kepada Malaysia moden yang kita lihat hari ini. Dalam dewan-dewan ini, anda boleh melihat replika Perak Man – rangka manusia tertua yang ditemui di Malaysia, yang berusia lebih 10,000 tahun – atau replika Bunga Emas yang pernah dipersembahkan oleh raja-raja Melayu kepada Raja Siam berabad yang lalu. Untuk memahami negara kita, seseorang mesti memahami masa silam yang telah membentuk identiti kita hari ini.

    Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Buat masa ini, terdapat juga pameran sementara bertajuk “Semangat ASEAN dalam Inklusiviti dan Kelestarian”, serta “Keunggulan Kraf: Karya Agung Kraf Warisan Negara”. Jika semua ini menarik minat anda, layari laman web rasmi mereka dan akaun Instagram untuk maklumat lanjut.
    Muzium Kesenian Islam
    Muzium Kesenian Islam Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini menyerlah sebagai satu sambutan terhadap keseni Islam – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga dari seluruh dunia. Di sini, anda akan menemui pelbagai contoh keindahan pertukangan Islam, daripada kaligrafi Islam dari China, bilah pedang shamshir dari Parsi, hinggalah kepada replika masjid-masjid yang paling menakjubkan dari serata dunia. Bangunan muzium ini sendiri juga merupakan sebuah karya seni bina Islam yang mengagumkan, dengan tarikan utama iaitu hamparan seramik berhampiran pintu masuk yang memaparkan ayat daripada surah al-Ankabut dalam al-Quran bagi menyambut tetamu.

    Muzium ini dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad, dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang. Sempena Hari Muzium Antarabangsa pada 21 Mei ini, mereka akan menganjurkan acara percuma yang merangkumi persembahan langsung, aktiviti DIY, lawatan galeri bersama kurator, dan banyak lagi! Kunjungi Instagram atau laman web mereka untuk maklumat lanjut.
    Muzium Telekom
    Bangunan muzium ini dahulunya berfungsi sebagai pejabat pertukaran telefon manual. Kini, ia memberi khidmat kepada orang ramai dengan cara yang berbeza – sebagai arkib lengkap mengenai pelbagai kaedah komunikasi yang pernah digunakan oleh rakyat negara ini sepanjang zaman, dan bagaimana kaedah tersebut berubah seiring dengan kemajuan teknologi. Di sini, anda boleh melihat koleksi telefon retro, televisyen lama, serta replika pusat panggilan telefon, yang menjadi antara pameran menarik untuk semua.

    Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Jangan lupa untuk ikuti laman Instagram mereka!
    Muzium dan Galeri Bank Negara Malaysia
    Tahukah anda bahawa Bank Negara Malaysia mempunyai muzium sendiri? Menariknya di muzium ini, sejarah ekonomi bertemu dengan seni moden – meneroka perkembangan ekonomi Malaysia sejak sebelum kemerdekaan sehingga ke hari ini. Antara tarikan utama ialah koleksi seni moden yang dipamerkan seiring dengan galeri numismatik (wang syiling dan kertas lama).

    Kunjungi muzium ini dari hari Selasa hingga Ahad, jam 10 pagi hingga 5 petang. Untuk maklumat lanjut, layari Instagram atau laman web rasmi mereka.
    Kuil Sin Sze Ya
    Merupakan kuil Taoist tertua di Kuala Lumpur, mercu tanda bersejarah ini dibina oleh Kapitan Yap Ah Loy sebagai penghormatan kepada dua dewa yang dipercayainya telah melindungi Kuala Lumpur dan membimbing beliau semasa Perang Saudara Selangor dari tahun 1870 hingga 1873. Terletak di sepanjang Jalan Tun H.S. Lee, kuil yang indah ini kini turut menempatkan sebuah muzium yang memaparkan sejarah bandar dan kuil ini sendiri.

    Muzium Kuil Sin Sze Si Ya dibuka dari hari Rabu hingga Ahad, jam 10 pagi hingga 5 petang, dengan waktu rehat dari jam 12 tengah hari hingga 1 petang. Layari Facebook mereka untuk maklumat lanjut.
    UR-MU
    Muzium seni kontemporari ini telah mencuri perhatian ramai dengan koleksi eklektiknya. Keunikan UR-MU terletak pada struktur tiga cabangnya yang terletak di Bukit Bintang, Raja Chulan dan Jalan Tun H.S. Lee. Setiap lokasi mempamerkan karya seni serantau yang memberi gambaran tentang lanskap seni visual di kota dan negara ini.

    Semua cawangan dibuka dari hari Selasa hingga Ahad, dari jam 11 pagi hingga 7 petang. Dapatkan tiket anda di laman rasmi mereka di SINI.
    Muzium Sains, Seni & Inovasi untuk Kanak-Kanak (MoSAIC)
    MoSAIC ialah muzium pertama di Malaysia yang direka khas untuk kanak-kanak. Ia merupakan ruang di mana kanak-kanak boleh mengekspresikan diri mereka, bahkan mempamerkan hasil seni mereka. Pelbagai aktiviti dan bengkel disediakan di sini, seperti bengkel tanah liat, sesi robotik dan lukisan potret.

    Layari Instagram dan laman web mereka untuk maklumat lanjut.

    Dengan senarai muzium menarik ini, apa kata anda luangkan masa sehari untuk meneroka beberapa daripadanya, mendalami dan menghargai sejarah serta seni? Hari Muzium Antarabangsa adalah masa yang paling sesuai, dengan banyak institusi menganjurkan acara istimewa sempena sambutan ini. Jangan lupa untuk ikuti Instagram WarisanKL untuk kemas kini terkini hujung minggu ini!

Discover more stories

Warisan KL is an initiative aimed at revitalising the heart of Kuala Lumpur into a vibrant and creative hub. It involves a series of events, programmes, and projects that celebrate the city's rich history and culture while fostering innovation and creativity.
© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2